Najib Berbohong ! pembangunan 'mee segera' ada di Bukit Gantang


Pada 14 Mac lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.


Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
“Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap di Taman Kota Jaya, Simpang 14 Mac lalu.

Namun begitu tinjauan Buletinonline ke seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang projek pembangunan ‘mee segera’ sedang rancak berjalan di mana-mana.

Jalan utama dari Changkat Jering Ke Simpang Halta disini menyaksikan kerja-kerja penurapan sedang dijalankan siang dan malam.

Begitu juga jalan ke DUN Terong, lampu jalan dan pembaikian dibuat oleh pekerja-pekerja dengan serta merta.

Percakapan bohong Najib, yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia nampaknya sudah menjadi satu amalan, walaupun kini beliau belum pasti lagi akan menjadi pemimpin nombor satu negara.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.