Apakah Kejutan Dari Najib Hari Ini?

PERDANA Menteri, Najib Razak dijangka akan mengumumkan barisan Kabinetnya tengah hari ini. Berbagai spekulasi kini timbul siapa akan digugugr dan siapa yang akan dibawa masuk. Perhatian juga tertumpu kepada Timbalan Presiden, Naib Presiden Umno yang dikatakan bakal menduduki menteri kanan dalam Kabinet Najib.

Muhyiddin Yassin yang akan diumumkan sebagai timbalan perdana menteri dijangka akan memegang portfolio Kementerian Pelajaran yang mengabungkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Menteri Pelajaran.



Ahmad Zahid Hamidi pula dikatakan akan memegang porfolio Menteri Dalam Negeri di samping terus beretanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama. Hishamudin Hussein akan bertukar ke kemeterian mungkin mengambil alih tempat Muhyiddin, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa.

Manakala Najib sendiri akan turut memegang Menteri Kewangan dan Pertahanan.

Shafei Afdal pula akan dijangka akan bertukar kementerian yang lebih kanan.

Muka baru yang dijangka dibawa masuk ialah Fuad Zarkasi, dari Johor dan Tajuddin Rahman dari Perak serta seorang muka baru dari Sabah dan Sawarak. Ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil juga besar kemungkinan dibawa masuk ke dalam Kabinet untuk menjaga hal ehwal wanita, kebajikan dan perpaduan.

Mereka yang dikatakan akan digugurkan termasuklah Azalina Othman Said, Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafiqe. Nama Rais Yatim juga turut sama disebut-sebut bakal digugurkan.

Muka lama yang dijangka diberi peranan dalam Kabinet Najib, Jamaluddin Jarjis, Tengku Adnan Mansor. Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Badawi, Alwi Che Amat dan Fatmi Che Salleh juga disebut-sebut akan dimanfaatkan Najib.

Bagaimanapun berita yang mengejutkan ialah kemungkin anak Mahathir Mohamad, Mukhriz yang kalah dalam pertandingan ketua pemuda mungkin turut dimanfatkan Najib. Lebih mengejutkan sekiranya ketua pemua, Khairy Jamaluddin di ketepikan Najib.

Sekiranya Najib mengenepikan Khairy ini bermakna Najib sudah bersiapa untuk berhadapan dengan perwujudan kem-kem dalam Umno yang baru diambil alih itu. [jln pahang 11:45 am 08/04/09]

(Mohd Sayuti Omar penulis politik terkenal ,boleh ikuti kupasan beliau mengenai isu semasa di blog http://msomelayu.blogspot.com/)

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.