Akta PenerbitaBebaskan Media!n dan Mesin Cetak dan segala peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasan media sepatutnya terus dimansuhkan bagi mencapai hasrat perdana menteri, kata seorang pensyarah kajian media.
"Pada saya, akta ini tak perlu lagi dikaji. Ia perlu dimansuhkan terus," kata Zaharom Nain ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sambil mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak kelmarin, Zaharom menyifatkan kawalan tertentu boleh dipertahankan jika ada sebab-sebab yang jelas.
"Tetapi, dalam keadaan negara kita yang sudah baik, tidak perlu lagi akta itu," katanya.
Ketika berucap di Institut Akhbar Malaysia, Najib berkata media wajar lebih telus dan bertanggungjawab bagi menggalakkan wacana terbuka, di samping menjadikan laporan itu bertaraf dunia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata kementeriannya bercadang memansuhkan akta tersebut kerana ia sudah tidak relevan dengan perkembangan teknologi dan juga tidak disenangi ramai.
"Rakyat tidak suka akta itu, syarikat-syarikat media pun tidak suka akta itu," beliau dipetik berkata.
Bagaimanapun Zaharom meminta orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana ucapan seorang pemimpin dan tindakannya boleh jadi berbeza.
"Setiap pemimpin, apabila mula menerajui kekuasaan, dia akan mula tonjol imej positif. Itu hal biasa berlaku. Mungkin ada isu pilihanraya (kecil) dan mahu menarik minat pelabur," katanya.
"Jadi kita harus melihatnya dengan berjaga-jaga. Kadangkala mereka melepaskan kata-kata begitu sahaja. Saya dah lalui banyak peristiwa ketika melihat menteri bercakap hal media.
"Saya rasa sepatutnya editor-editor akhbar akan menjadi lebih berani apabila mendengar kenyataan Najib itu."
Ehsan:Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan