ISA Zalim : Fateh tidak pernah kenal ayahnya......


"Umi... jangan lah sedih. Umi jangan nangis ya.... Patutnya saya yang pujuk dia (Fateh) tapi dia pula yang susah hati melihat saya mengesat air mata.." jelas Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA 7 tahun, Zainun Rashid dari Sabah. Zainun ditahan dibawah ISA pada Disember 2002.


"Ketika pengumuman itu di buat oleh PM Najib, saya memang menaruh setinggi-tinggi harapan suami saya adalah salah seorang yang akan dibebaskan. Namun, segalanya hampa bila mengetahui bahawa nama beliau tiada dalam senarai 13 orang itu. Saya bertambah sedih kerana tahanan ISA yang diberi nama ahli Darul Islam (DI) , semua dari Sabah ,mereka ditahan pada 2006 , hampir semuanya dah dibebaskan....." tambahnya lagi.


"Saya akan tetap menunggu kepulangan nya kak" begitu yakin kata-kata itu diucapkan menerusi telefon bimbit kami yang saya simpulkan bahawa beliau masih punya kekuatan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan sebagai mangsa ISA yang paling lama di Sabah!!!

Setiap kali saya memandang wajah Fateh dan kakaknya, terasa luruh hati ini. "Ketika bapanya dibawa ke Kem Kamunting pada 6 Feb 2003, Fateh belum dilahirkan...." kata-kata itu terus-menerus menghantui fikiran saya.


Patutlah Fateh tidak merasa sedih bila mendengar berita tahanan ISA di bebaskan kerana beliau dari sejak lahir, tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. GMI pernah menaja lawatan Puan Hapipah ke Kem Kamunting pada tahun 2004, mereka dapat bertemu lima kali (Mereka tinggal di Taiping selama seminggu). Ketika itu Fateh baru berusia setahun lebih dan mustahil beliau dapat mengingati rupa ayahnya dalam usia semuda itu.


Bagi seorang anak kecil seperti Fateh, ayahnya ada atau tidak, tidak memberi sebarang kesan atau erti dalam kehidupannya kerana sejak lahir, hanya ibunya sahaja berada disisi beliau sepanjang masa.......

Kesihan Fateh menjadi mangsa kezaliman undang-undang yang tidak berperi kemanusiaan ini.... ~ Merah Hitam

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.