Bn Kalah Lagi-Siapa Yang Nak Di Salahkan.

Barisan Nas ional kalah lagi. Kali ini kalah lagi banyak. Bila BN kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu ramai kalangan UMNO menyalahkan Abdullah Badawi kerana terlalu memberi muka kepada menantunya Khairy Jamaluddin. Abdullah dijolok-jolok supaya meletakkan jawatan. Tun Mahathir sampai keluar UMNO untuk mendesak Abdullah turun.

Kemudian berlaku PRK Permatang Pauh dan Kuala Terangganu. Abdullah yang termakan dengan kata-kata Mahathir dan sebahagian pemimpin UMNO yang lain, telah terpaksa membuat perisytiharan menetapkan tarikh perletakkan jawatannya supaya membolehkan UMNO bersatu kembali bagi memenangkan PRK Permatang Pauh dan Kuala Terangganu.


Tetapi hasilnya BN kalah juga.

Sekarang Abdulah sudah tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri telah disandang oleh Datuk Seri Najib. Tun Mahathir pula telah masuk semula menjadi ahli UMNO, malah turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dengan penuh yakin dia menyifatkan dirinya sebagai kuda tua yang masih bertenaga. Dia perasan rakyat akan berbondong-bondong memberi sokongan kepada BN. Dia rasa dirinya boleh membawa keajaiban kepada UMNO dan BN. Tetapi ternyata beliau hanya berperasaan sahaja. Rakyat semakin jauh meninggalkan UMNO dan BN.

BN tetap juga kalah, malah kekalahan UMNO kali ini lebih besar lagi.

Mungkin Tun Abdullah tersenyum mendengar kekalahan BN kali ini.

"Padan muka hampa, dulu hampa kata BN kalah pasai aku. Sekarang hampa nak salah kat sapa pula", mungkin begitu ayat-ayat yang tersimpan di lubuk hati Tun Abdullah.

Iklan: Anda Ingin Membeli rumah sila ke http://mutiara-vision.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.