Gerakan minat tanding semula di Bkt Gantang?

Parti kaum Cina dalam komponen BN kini sudah mula menunjukkan minat untuk ber tanding kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya umum akan datang.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bukit Gantang, Mohd Saadin Yusof berkata, beberapa pemimpin parti tersebut bercakap mengenai perkara itu di kedai-kedai kopi di sekitar pekan Bukit Gantang sebaik calon BN Ismail Saffian kalah dalam pilihanraya kecil, Selasa lalu.

“Paling banyak mereka bercakap di kawasan Kuala Sepetang yang majoritinya adalah kaum Cina.

“Mereka kata, jika BN hendak menang, kena letak calon kaum Cina bertanding di kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya umum ke-13,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemimpin Cina memberi contoh calon Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menang dengan majoriti 8,888 undi dalam pilihanraya umum 2004.

Mereka mendakwa, apabila calon Umno, Datuk Seri Mohd Azim Zabidi bertanding dalam pilihanraya umum lalu, bendahari Umno itu kalah kepada calon PAS Roslan Shaharum.

Pengundi Cina

Katanya, begitu juga dengan Ismail yang kalah dengan majoriti 2,789 kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dalam pilihanraya kecil Selasa lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai kekalahan calon BN, Mohd Saadin berkata, ia berlaku kerana pengundi Cina tidak menyokong Ismail.

Katanya, ini kerana kaum Cina merasa gembira Mohd Nizar semasa menjadi menteri besar Perak memberi pegangan tanah sehingga 999 tahun kepada kampung baru milik orang Cina.

“Di Kuala Sepetang, BN kalah kira-kira 1,500 undi berbanding 800 undi dalam pilihanraya umum lalu.

“Manakala di Jalan Benggala, BN kalah kira-kira 600 undi dan di Simpang Lama pula 400 undi.

“Ini kawasan pengundi majoriti Cina,” katanya.

Mohd Saadin berkata, secara keseluruhan di kawasan pengundi Melayu, BN mencatat peningkatan undi kira-kira 10 peratus.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.