PPSMI: Propaganda Intelektual memusnahkan Bangsa Melayu

Tanggal 7 Mac 2009 yang lalu pastinya menjadi satu sejarah baru bagi bangsa yang berdarah Melayu atau yang mengelarkan diri mereka Melayu. Sejak 2003 seorang yang bergelar Melayu Agung , Dr. Mahathir Mohammad dengan bangganya telah memperkenalkan dasar PPSMI ini. Dengan satu alasan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa Melayu agar mereka mudah untuk mendapat pekerjaan bila sudah habis belajar.

Ini kerana pada masa itu kononnya banyak mahasiswa yang mengganggur kerana penguasaan Bahasa Inggeris mereka lemah.

Tanpa sebarang kajian terhadap masalah bangsanya DMM telah mengeluarkan arahan kepada Kementerian Pelajaran supaya melaksanakan PPSMI ini di semua institusi pendidikan negara. Dasar ini harus diopercepatkan memandangkan dasar W 2020 sudah semakin hampir.

Dengan perlaksanaan serta merta ini di harap pada tahun 2020 ini bangsa melayu akan dapat maju seperti bangsa-bangsa lain di Malaysia. Itulah niat awal DMM ini untuk memperkenalkan PPSMI ini. Mana ada beliau menyentuh tentang segala isi ilmu dalam Sains dan Matematik ini hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris.

Dan akhirnya pada detik-detik terakhir zaman Perdana Menteri Abdullah Badawi ini iaitu 7 Mac maka Gerakan Mansuhkan PPSMI ini tlah berjaya membuktikan kepada kerajaan UMNO bahawa bangsa melayu telah teraniaya dengan dasar ini.

Perhimpunan yang aman dengan niat suci itu telah sengaja diganaskan dan diasapkan dengan bom asap dan dimandikan dengan pancutan air. Maka terpancarlah kebodohan sang penjaga keamanan negara mengawal pejuang-pejuang bangsa ini. Kalaulah mereka ini berada di zaman British dahulu maka merekalah yang akan membunuh Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Kilau atau mungkin akan mendakwa Datuk Onn Jaafar kerana mengajak orang Melayu berdemontrasi menentang pemerintah. Kalau waktu sambutan Hari Merdeka atau perlumbaan Le Tour De Langkawi di WP . dengan megah Ketua Polis Negara atau Ketua Polis WP memberi arahan menutup beberapa jalan bagi mengelakkan kesesakkan maka untuk mengawal perhimpunan yang telah dinyatakan jalan-jalan yang terlibat , seolah-olah polis ini menjadi seperti lembu. Tidak mampu memikirkan alternatif untuk memudahkan perhimpunan aman tersebut. Begitulah halnya betapa anggota Di Raja ini sanggup menukar diri mereka menjadi segerombolan lembu untuk menghalang perhimpunan aman rakyat yang berjuang untuk bahasa dan bangsanya.

Melihat detik-detik sejarah malang yang menimpa nasib mereka yang berjuang demi kemerdekaan bahasa melayu itu maka akhirnya saya terfikir bahawa orang yang memperkenalkan dasar PPSMI ini iaitu DMM tadi sebenarnya akronim kepada Dasar Musnahkan Melayu. 6 Tahun PPSMI ini telah diperjuangkan, mana untungnya orang Melayu. Apa dah terbukti bahawa penggangguran di kalangan mahasiswa melayu sudah berkurangan ? Apa sudah ada mahasiswa anak-anak Melayu yang terdidik dengan dasar ini telah menjadi ikon kepada kemajuan bangsa Melayu atau semakin banyak mahasiswa Melayu yang memerlukan bantuan daripada kerajaan yang prihatin meminta belas kasihan untuk mengusahakan tanah lapang dan kolam ikan di kampung. Adakah begitu jadinya apabila mahasiswa Melayu yang telah menguasai Bahasa Inggeris dalam PPSMI ?

Sejak detik bersejarah 7 Mac itu mampu tersebar luas di pelosok dunia zaman ini maka timbullah Melayu daripada Melayu UMNO ini yang penuh semangat untuk menyokong dasar ini. Segenap bidang dan ruang bagi mereka yang bergelar Melayu yang belajar dalam sistem British dan mereka yang telah belajar dalam sistem Kebangsaan ( Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi ) yang telah mengganggap mereka ini berjaya tanpa ada rasa malu menyokong PPSMI ini dan menghina penyokong Perhimpunan GMP tersebut. Apakah mereka ini Melayu bijaksana yang berilmu atau mereka sekadar Melayu bijaksana yang lembu ? Ya begitulah Melayu seperti yang diperkatakan oleh Dasar Musnahkan Melayu tadi 'Melayu Mudah Lupa'.

Kepada mereka yang berdarah Melayu atau menggelarkan diri mereka Melayu, sedarlah dan ketahuilah bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Apa maknanya kemajuan orang Melayu andai bahasanya tidak diiktiraf keilmuannya. Apa bangsa Melayu itu hanya mampu menjadi bangsa yang maju andai terus bertuankan Bahasa Inggeris itu ? Kalau begitu jadinya maka betapa malangnya kita yang dilahirkan menjadi bangsa Melayu. Ya, sebuah bangsa yang diciptakan oleh Allah dalam dunia ini sebagai bangsa yang tidak berilmu dan bertamadun.

Apa ada pada bangsa Melayu itu ? Tiada apa-apa hanya sekadar menjadi bangsa lembu yang menjadi pengikut yang sentiasa dicucuk hidungnya ! Cuba teliti perkara berikut :

1. Agama : Siapakah bangsa yang dianugerahkan oleh Allah untuk membawa agama Islam ? Bangsa Melayu hanya mengikut agama nenek moyang mereka dahulu yang telah mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk Islam. Maka jadilah keturunan Melayu itu mesti beragama Islam. Akhirnya hingga kini dinyatakan dalam Perlembagaan bahawa Melayu itu beragama Islam.

2. Tulisan : Sebagai antara kaum yang utama dan besar di Malaysia dan lebih-lebih lagi mahu dikatakan penduduk asal Tanah Melayu, sedarkah kita bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang tidak mempunyai tulisan. Mana tulisan asal orang Melayu. Lihatlah bangsa Cina dan India, mereka masih boleh megah kerana mereka punya tulisan yang masih kekal untuk mereka. Tulisan orang Melayu iaitu tulisan Jawi sudah hampir dihapuskan di bumi Malaysia ini. Yang ada sekarang hanya sisa-sisa tulisan kerana tulisan melayu itu tidak mempunyai nilai ilmu Sains dan Matematik.

3. Adap. Kajilah adap Melayu yang asalnya dan bandingkan dengan adap Melayu kini. Apakah kini orang Melayu masih berpegang pada adap sopan dan budaya bangsanya atau adap Melayu itu sudah diglokalkan untuk lebih memartabatkan orang Melayu.

4. Bahasa. Itulah satu-satunya tinggalan yang masih menunjukkan kewujudan bangsa Melayu di bimi bertuah Malaysia ini. Nasib baik pendeta Zaaba berjaya mencipta satu nahu bahasa yang boleh menunjukkan seseorang itu berbangsa Melayu. Kalau tidak entah apa bahasa yang digunakan oleh bangsa Melayu di Malaysia ini.

Dan yang paling malangnya satu-satunya peninggalan sejati untuk bangsa Melayu itu selain daripada agama Islam kini juga akan dihapuskan oleh bangsanya sendiri semata-mata untuk menguasai bahasa Inggeris. Ya bukan untuk mendapat ilmu dalam bidang Sains dan Matematik tapi untuk meningkatkan kemahiran dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kalau begitu maksudnya Melayu apakah kita andai kita menyokong dasar PPSMI ini ?

Biar apapun alasannya ilmu Sains dan Matematik itu banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris maka ketahuilah dasar PPSMI ini adalah propaganda untuk memusnahkan kekuasaan dan kegemilangan bangsa Melayu. Kalau sudah sanggup mempertahankan institusi Sultan itu sampai ke titisan darah yang terakhir maka kenapa harus menyokong dasar ini sedangkan Sultan kita berteraskan Ketuanan Melayu. Apakah Sultan kita perlu mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris baru boleh digelar Sultan Berdaulat ?

Kepada penyokong-penyokong dasar PPSMI ini yang bergelar Melayu , cuba jadilah bangsa Melayu yang bermaruah. Kalau bangsa-bangsa lain boleh maju dengan menguasai segala ilmu dalam bahasanya sendiri mengapa tidak kita bangsa Melayu ? Kalau pun hari ini belum ada lahir bangsa Melayu yang berjaya mengilmukan Sains dan Matematik itu dalam bahasa Melayu maka marilah kita bersama-sama berusaha ke arah itu. Mungkin suatu hari nanti di saat kita mengecapi zaman Malaysia sebagai Negara Maju maka kita akan dapat lihat bahawa bangsa Melayu itu maju kerana bahasa Melayunya. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu itu dan bahasa Melayu itu pernah menggoncang dunia sebelum bangsa dan bahasa penjajah itu menguasai minda kita. Belajarlah bahasa Inggeris itu bagi memudahkan kita untuk mengilmukan bahasa Melayu.

Kalau kita terus meneruskan Dasar PPSMI ini maka entah berapa ribu ilmu perkataan Melayu dalam bidang Sains dan Matematik akan lenyap di bumi bertuah ini. Apa mungkin anak cucu kita nanti akan tahu maksud satu,dua, tiga,sepuluh,seratus. Kalau tahu pun apa maknanya semua itu. Istilah-istilah itu hanyalah sejarah kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri. Tidak lupa juga apa mungkin anak cucu kita masih tahu apa erti bumi,bulan,bintang,ikan dan entah apa lagi istilah masa kini yang akan dihapuskan. Apakah waktu itu nanti kita akan bangga bahawa merekalah warisan BANGSA MELAYU YANG BERJAYA MEMARTABATKAN BANGSANYA. SATU BANGSA YANG TIDAK MEMPUNYAI BAHASA DALAM SAINS DAN MATEMATIK. MAKA BOLEHKAH KITA MENJAMIN BAHAWA DASAR INI UNTUK KEMAJUAN BANGSA MELAYU ?

1 ulasan:

awang kata berkata...

PPSMI itu jelas anti-Melayu. Tetapi mendakwa memartabatkan bangsa Melayu. Tak percaya tanyalah ahli akademik dan ilmuan muktabar.

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.