Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Saya menjangkakan YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkenan dari Sultan Perak untuk mengadap dalam waktu yang terdekat.
Kemenangan beliau dalam PRK Bukit Gantang merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa itulah referendum rakyat yang mesti dihormati oleh semua.
Beberapa hari selepas persidangan bersejarah di bawah pokok pada 3 Mac sepucuk surat telah diutuskan kepada Sultan perak mohon perkenan untuk mengadap dari memanda MB Perak yang masih sah untuk mempersembahkan hasil keputusan Mesyuarat.
Saya difahamkan susulan kepada surat pertama itu telahpun dikirim sekali lagi untuk mendapat perkenan mengadap.
Oleh itu saya menjangkakan jawapan akan diterima dari pihak istana sebagai prosuder biasa yang telah dilakukan mestilah semua surat itu memerlukan jawapan.
Semuga Nizar di perkenan mengadap !
Rakyat sedang hitung hari halau BN keluar dari pejabat MB.
Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap Umno/BN. Penolakan yang berlaku di Pematang pauh dan Kuala Terengganu sekali lagi diterjemahkan rakyat di Bukit Gantang.
Pertembungan PAS dan BN di Bukit Gantang adalah sebetulnya pertembungan maruah , hidup dan mati antara Pakatan Rakyat dan BN. Selain itu dilihat sebagai pertembungan Nizar dengan Zambry.
Kemenangan PAS dan Nizar adalah bukti kepada penolakan kepada "kerajaan haram" di Perak sekali gus yang penting juga sebagai satu isyarat bahawa Nizar bukannya penderhaka seperti yang didakwa oleh UMNO dan BN.
Penderhaka sebenar ialah UMNO kerana telah memunipulasikan Isu Istana untuk kepentingan politik sempit mereka.
Walaupun dalam kempen tersebut,PM Najib, MB Haram Zambry dan Calon Ismail Saffian cuba menagih restu rakyat ; namun rakyat Perak masih belum boleh memaafkan mereka. Rakyat Perak tidak berkenan untuk memberikan restu kepada mereka.
Rakyat Bukit Gantang sebenarnya diperbodohkan oleh pemimpin yang kurang cerdik itu untuk mengundi mereka dalam keadaan ia hampir lemas dan tenggelam . Huluran tangan mohon mereka diselamatkan malah di zahirkan dengan mereka menekan kepala BN supaya cepat "lemas" dan "mati".
Kejayaan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.
Mereka diberi isyarat yang jelas kecuali tidak boleh difahami oleh orang yang "bahlol", bahawa rakyat sedang menghitung hari untuk menghalau mereka keluar dari Pejabat Menteri Besar.
Strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi malah menikam diri sendiri. Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.
Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.Malah terdapat penyokong Umno yang menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu mengundang kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.
Kehadiran Mahadhir dalam keadaan isu kotor BN iaitu kecaman yang memuncak kononnya pemimpin DAP membaca ayat Al Quran dan dipersendakan, sehingga Mufti Perak juga sempat mengeluarkan kenyataan "bodoh" diakhir usia emasnya.
Rakyat sangat tahu, ahli UMNO juga tahu tetapi buat-buat tak tahu siapakah yang mempersendakan Al Quran, antaranya yang bernama Mahadhir. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana kembalinya Mahadhir kedalam UMNO akan mempercepatkan pereputan parti usang itu.
Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi bila kali pertama PAS menawan kubu BN berkenaan pada PR Umum 2008 yang lepas.
Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.
Seperti kata ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam wawancaranya oleh TV PAS malam tadi, "Rakyat sepatutnya sudah boleh berarak ke Istana esok untuk memohon kepada Sultan Perak supaya dibubarkan DUN seperti yang di pohon oleh ADUN Pakatan Rakyat pada 5 Febbruari 2009 tetapi ditolak". WMCI/KIL
Iklan: Anda Ingin Membeli rumah sila ke http://mutiara-vision.blogspot.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan