Kalah PRK: Faktor KJ dan Mahathir

Ramai yang menghentam Harimau samada melalui komen-komen atau email setelah nama KJ dikaitkan dengan punca utama kekalahan BN di 2 Bukit tanpa puting. Apapun, itu adalah hak kalian tetapi Harimau tetap percaya dengan faktor tersebut. Ia akan menjadi kritikal dan berbarah sekiranya DS Najib melantik KJ sebagai salah seorang dari anggota kabinet beliau nanti.

Walaupun PPSMI dan penolakan rakyat Perak terhadap kerajaan baru BN juga menjadi salah satu faktor, ia tidak sekuat pada kekecewaan orang bawah terhadap kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda.

Tidak dinafikan, orang yang karat UMNO akan menempelak Harimau kerana menentang kepimpinan Pemuda. Harimau juga ingin ingatkan, apa beza pula orang karat UMNO dengan:

* Karat Al-Arqam yang marah apabila Ashaari Muhammad di kritik.
* Karat PKR apabila DSAI dicemuh.
* Karat PAS apabila pandangan Tuan Guru Nik Aziz dihentam.

Ada juga menyuruh Harimau membuang label "Neutral" kerana asyik bercerita tentang UMNO dan BN. Suka diingatkan, kerajaan mutakhir adalah kerajaan BN. Maka, kurang lazat sekiranya cerita-cerita parti bukan kerajaan di sarat-baratkan di dalam blog ini. Kerana apa? Kerana parti bukan kerajaan bukanlah pembuat dasar/keputusan. Pada hemat Harimau, kesilapan terbanyak kerajaan mutakhir adalah dalam bentuk pelaksanaan dan orang-orang yang salah menjaga tempat yang salah. Umpama menyuruh Harimau menari Makyong; kaku lagi mengkakukan. Orang Melayu lama selalu berkata, "tak salah orang tak kata". Percayalah, blog ini tetap neutral (tanpa kompromi).

MAHATHIR

Kini orang tertanya-tanya teori apa pula yang akan wujud bagi meramalkan bakal-bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini.Saya melihat teori "AHMAD" mungkin akan diguna pakai sebagai rujukan seterusnya bagi mengetahui bakal Perdana Menteri Malaysia. { sini }

Pada Harimau, bukan AHMAD yang akan menyambung teori RAHMAN. Teori yang bakal wujud adalah teori MAHATHIR. Siapa M? Mungkin Muhyiddin atau Mukhriz atau sesiapa dari dalam Pakatan Rakyat. A pula mungkin Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim atau orang lain. H pula mungkin Hishamuddin atau Hadi Awang. Yang paling penting, huruf K tiada dalam kedua-dua teori tersebut; samada teori AHMAD atau teori MAHATHIR. Bermakna KJ tiada peluang menjadi PM.

Itu sudah cukup melegakan orang bawahan (buat masa sekarang).

Akhir qalam, janganlah kita dibodohkan dengan kenyataan bahawa keputusan PRK adalah status-quo kerana PKR bukanlah pemilik kerusi Bukit Selambau. Hairan juga apabila kekalahan dinobatkan semacam sudah seri. Pelik Harimau semakin bertambah apabila Samy Vellu menunjuk handal apabila berbicara dan menghuraikan analisa beliau tentang kekalahan MIC. Handal sangat ke beliau di PRU 12?


----
http://harimau-menaip.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.