SPR sengaja susun prosedur pengundian memihak BN

SUNGAI LALANG, 7 April (Hrkh) - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas tidak profesional dan sengaja menyusun prosedur-prosedur pengundian untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Beliau menegaskan demikian sebagai merujuk kepada tindakan SPR tidak meletakkan nombor giliran pada kertas undi bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau.

"Ini jelas SPR bersekongkol dan menerima arahan daari penasihat-penasihat BN. Ini tidak konsisten kerana di Bukit Gantang dan Batang Ai susunannya berbeza dan setahu saya nombor giliran akan dicetak dalam kertas undi dalam dua pilihan raya lain.

"Kenapa (di sini) yang begitu ramai calon, yang boleh mengelirukan pengundi, tidak diletakkan nombor? Bukan sahaja calon kita tetapi calon-calon Bebas juga akan hadapi masalah.

"Tidak ada maknanya kita cabut undi dan nombor itu tidak diguna pakai selepas kita cabut undi," ujarnya pada sidang media di Yayasan Aman, semalam.

------------------------

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.