1Malaysia adalah ‘kerja dalam pelaksanaan’: PM(slogan saje tak buat pun)


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gagasan 1Malaysia adalah ‘kerja dalam pelaksanaan’, yang akan mencapai objektifnya dengan sokongan dan komitmen padu daripada semua lapisan rakyat.
Beliau menegaskan gagasan 1Malaysia serta langkah transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan ialah satu proses yang berterusan.
Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan tahun lepas, katanya, tidak boleh direalisasikan sepenuhnya hari ini.
“Ingin saya jelaskan di sini, apa yang telah kerajaan lakukan setakat ini hanyalah merupakan permulaan daripada apa yang kita harap dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam beberapa tahun yang akan datang.
“Saya tidak gemar dengan tanggapan bahawa apabila sesuatu perkara tidak berhasil, masyarakat akan mengatakan ‘oh… 1Malaysia tidak berkesan’. Ini tidak betul. Saya ingin menyatakan bahawa ia (1Malaysia) merupakan kerja dalam pelaksanaan, dan kami memerlukan komitmen penuh daripada semua rakyat Malaysia untuk mencapai matlamatnya,” katanya dalam ucaptama di majlis penutupan seminar ‘Hidup Dalam Masyarakat Berbilang Kaum’ di sini semalam.
Seminar sehari anjuran Yayasan 1Malaysia itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar serta beberapa orang pemegang amanah Yayasan tersebut.
Dalam pada itu, Najib menyarankan supaya rakyat Malaysia menguji diri sendiri terlebih dahulu dengan ‘Ujian 1Malaysia’ jika berdepan dengan sebarang isu perkauman.
Katanya Ujian 1Malaysia memerlukan mereka bertanyakan diri sendiri terlebih dahulu persoalan seperti bagaimanakah pendirian mereka dalam isu etnik tertentu memberi impak kepada etnik atau agama orang lain.
Mereka juga boleh bertanyakan diri soalan seperti: “Apakah ia dapat meningkatkan keharmonian atau mengakibatkan kebencian terhadap kaum saya sendiri di kalangan kaumkaum yang lain atau adakah ia boleh membawa kepada persefahaman yang lebih baik di antara kaum dan meningkatkan perpaduan nasional yang lebih mantap, atau sebaliknya.”
“Saya sering merasakan bahawa setiap kumpulan mahupun individu serta semua institusi yang berpengaruh dalam masyarakat, cubalah menguji diri sendiri terlebih dahulu dengan ‘Ujian 1Malaysia’ sekiranya mereka berhadapan dengan sebarang isu perkauman di mana-mana sahaja mereka berada,” katanya.
Beliau berkata besar kemungkinan satu suasana yang lebih kondusif untuk perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini dapat diwu­judkan jika semua orang yang berpen­garuh dalam masyarakat menyedari bagaimana kenyataan dan kata-kata mereka mampu mempengaruhi orang lain, dan mereka ingin menjalankan ‘Ujian 1Malaysia’ terlebih dahulu.
Mengenai peranan ahli politik, Najib berkata para pemimpin politik tanpa mengira latar belakang juga haruslah bersama-sama memper­juangkan perpaduan rakyat seperti yang digariskan dalam gagasan 1Ma­laysia.
“Janganlah kita bercakap atau bertindak dalam keadaan yang akan merosakkan perasaan muhibah dan saling memahami di kalangan masyar­akat. Usahlah mengambil sikap yang ekstrem,” katanya.
Beliau berkata mereka juga seha­rusnya berhenti daripada menyentuh atau mempersoalkan isu-isu yang mungkin menyinggung kumpulan atau kaum lain. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.