KUALA LUMPUR, 17 Sept — Seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Wilayah, Selayang dekat sini bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan rakyat India di Banting tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di taman terbabit petang ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira pukul 8.20 malam.
“Kami percaya dia boleh membantu kami dalam siasatan kes itu,” katanya menerusi laman web sosial di sini malam ini.
Beliau, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.
Khalid dilaporkan berkata terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. — Bernama
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan