Pemilihan PKR 2010: Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang Mempertaruhkan Tiga Tokoh Berwibawa Untuk Dipilih Ke Jawatan Majlis Perwakilan Pusat


KUANTAN, 15 Sept - Ketika ini pemilihan Ketua-ketua Cabang (dulunya Bahagian mengikut parlimen) Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta ahli jawatankuasanya sedang rancak berjalan. Namun fokus sebenar tentulah kepada pemilihan 40 orang Majlis Perwakilan Pusat (MPP) yang akan dipilih oleh semua ahli. Pada masa ini pemerhati politik dan penulis-penulis sedang giat meramalkan tentang siapakah yang bakal berentap merebut kerusi Timbalan Presiden dan siapa pula yang bakal mengungguli jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam persaingan tiga penjuru. Uniknya pemilihan MPP PKR yang akan bermula Oktober ini ialah semua ahli memiliki hak satu undi kerana tidak ada lagi sistem perwakilan. Berdasarkan faktor ini, persaingan merebut jawatan parti sudah tentu sengit kerana semua calon memperolehi peluang yang sama. Inilah parti politik pertama di negara ini yang memberikan ruang demokrasi kepada semua ahlinya untuk memilih pemimpin. "Sistem ini adalah yang terbaik kerana dapat mengelakkan politik wang dan lobi yang tidak sihat", kata Ketua Cabang Kuala Krau Suhaimi Said. Menurut Ketua Biro Felda PKR Pusat itu, tidak mungkin seorang calon boleh membeli undi atau berkempen kepada 400,000 ahli PKR yang memilih anggota MPP sedangkan di satu cabang pun jumlah ahli sudah menjangkau 3,000 orang. "Saya tidak nafikan oleh kerana ini pertama kali, tentu wujud kelemahan di sana sini. Tapi saya yakin selepas ini masalah-masalah teknikal dapat diselesaikan apabila kita telah melakukan perubahan besar. Jadi lepas ini mesyuarat agung cabang tidak ada lagi pemilihan. Begitu juga dengan konvensyen nasional November nanti hanya akan mengumumkan pemenang anggota MPP", katanya.

Pahang Tampilkan Tiga Calon MPP Yang Terbaik


Bagi negeri Pahang, pada ketika ini dikatakan tiga calon favourite akan membawa cabaran mewakili negeri ini bagi mengisi tempat di MPP. Mereka ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang akan bertanding sebagai Naib Presiden, sementara Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dan ahli MPP Zakaria Abdul Hamid akan mempertahankan jawatan. Fuziah yang telah mengisytiharkan untuk bertanding Naib Presiden sebelum ini, ialah Pengerusi Biro Pilihan Raya PKR yang juga bekas Ketua Wanita PKR dan Ketua Biro Latihan. Di Dewan Rakyat beliau dianggap antara ahli parlimen yang lantang dan berjaya membawa suara rakyat ke peringkat itu. Datuk Fauzi pula tidak dapat dinafikan lagi pengalamannya selaku Bekas Timbalan Menteri, malah ramai berpendapat ketokohannya yang dihormati di Pahang dikatakan dapat mengurangkan "politiking" sesama ahli di negeri ini di samping mensetarafkan parti berseiringan dengan tokoh PAS dan DAP Pahang. Ketua Cabang Lipis, Zakaria Hamid pula merupakan penjawat MPP pada masa ini dan sebagai anak muda profesional yang bertahan sejak era reformasi, beliau dijangka dapat mengekalkan statusnya. Melihat kepada ketokohan ketiga-tiga calon yang diketengahkan ini, rata-rata ahli akar umbi PKR berpendapat "regu tiga serangkai" ini dijangka tidak menghadapi masalah untuk terus unggul berada di MPP. Selain mendapat undi solid dari Pahang, ahli parti itu di seluruh negara khasnya.


Zakaria Hamid dan Fuziah Salleh harapan Pahang
Malah kata Ketua Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, kemenangan ketiga mereka amat penting bagi menentukan kesinambungan serta dasar PKR bagi keperluan politik Pahang. "Kita kena ingat Pahang ialah negeri Perdana Menteri dan lebih 50 peratus kawasan mengundi mengandungi peneroka Felda, iaitu pusat undi orang Melayu. Sedangkan undi Melayu merupakan sasaran Pakatan Rakyat (PR) bagi memenangi pilihan raya umum (PRU). Jadi di situlah peri pentingnya tiga calon dari Pahang ini nanti menang kerana galas bebannya besar. "Ada juga yang berpendapat, kemenangan PR menguasai negeri Pahang adalah kayu ukur kemampuan PR menakluk Putrajaya... ertinya menang Pahang menanglah keseluruhannya. Jadi di situ saya nampak signifannya kemenangan mereka bertiga," katanya.

Tiga Calon Pahang Punyai Krieteria Tersendiri


Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Setiausaha Cabang Temerloh, Yahya Abdul Rahman, yang menganggap kemenangan ketiga-tiga mereka bakal membawa kekuatan kepada PR Pahang sendiri. "Fuziah seorang yang kuat bekerja, manakala Datuk Fauzi mempunyai pengalaman dalam kabinet justeru ideanya boleh diterapkan jika PR memenangi Pahang dalam PRU. Zakaria juga kini mempunyai tugasan dengan kerajaan Selangor." Dengan kombinasi ini, kata Yahya, dengan sendirinya memberi kekuatan kepada Pahang jika mereka dipilih menduduki MPP nanti. Bendahari Cabang Temerloh, Tajuddin Ramli, optimis dengan peluang cerah mereka bertiga berdasarkan prestasi masa lepas, nama baik dan populariti yang dimiliki mereka. "Saya nampak kepelbagaian latar belakang dan pengalaman mereka bertiga menjadi faktor penentu kepada ahli untuk memilih mereka menduduki MPP", katanya.


Ahmad Nizam Hamid dan Azan Ismail baru calon MPP
Bagi calon Timbalan Ketua Cabang Temerloh, Abdul Kadir Abdul Manap, persaingan sebenar ialah bagi mereka yang berkemampuan dan bekerja kuat selama ini. Dan akhirnya faktor inilah yang bakal menetukan kemenangan. "Saya nampak ketiga-tiga calon yang bakal diketengahkan dalam mesyuarat seluruh Pahang nanti mempunyai kriteria ini. Saya kebetulan agak rapat dengan mereka dan saya rasa mereka juga jujur dalam perjuangan. "Jadi saya anggap mereka bertiga mempunyai merit. Kalau sekiranya mereka tidak terpilih untuk ke hadapan, saya beranggapan rugilah PKR dan rakyat Pahang keseluruhannya", katanya. Dalam pada itu, ada juga desas desus PKR Pahang akan menurunkan juga muka baru bagi menambah kuota Pahang menduduki MPP. Antaranya peguam Ahmad Nizam Hamid dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Nizam yang dikatakan agak rapat dengan Anwar Ibrahim, pernah bertanding pada sesi dulu dan dilaporkan menang pada peringkat awal, kemudiannya kemenangannya ditarik balik. Manakala Azan pula akauntan muda yang juga dikatakan rapat dengan Anwar. Cuma sebelum ini beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi MPN. Mungkin undi Pahang tidak solid buatnya, tetapi beliau juga mempunyai penyokong negeri lain.

[Artikel diatas ditulis oleh Saudara Khairil Abdul Rahim untuk siaran akhbar Siasah 19-25 September 2010 ini. Apapun, pemilihan calon-calon dari Pahang ini dilihat antara gandingan terbaik yang memang sudah mempunyai nama diperingkat pusat. Malahan, mereka juga berupaya membawa harapan baru kepada rakyat Pahang bahkan Malaysia amnya. Semoga, perwakilan dari seluruh Malaysia dapat memberi perhatian kepada nama-nama calon dari Pahang ini kerana ia bakal menakutkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang juga anak negeri ini. Apapun, keputusan terletak ditangan perwakilan. Harapan kita agar pilihan yang tepat dapat dibuat untuk mencerminkan kepimpinan akan datang yang lebih berkualiti. PDO mengucapkan syabas kepada tokoh berkenaan sekiranya ternyata benar ia adalah pilihan PKR Pahang. Pilihan yang tepat bakal memberi peluang yang lebih baik kepada semua. Lagi info terkini politik Pahang sila ke blog selamatkanpahang].

Pemilihan PKR: Timbalan Presiden Parti, Senator Dr.Syed Hussin Ali Mengumumkan Tiada Hasrat Bertanding Mempertahankan Jawatan Tersebut !

KUALA LUMPUR, 14 Sept [11.55 am] - Senator Syed Husin Ali (foto) hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini. Bagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik. “Sebenarnya, saya ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan saya, walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, Insya Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi. Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya. “Sudah lama saya membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri dari jawatan timbalan presiden bila sampai waktunya. Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding,” Syed Husin, yang dilantik sebagai senator tahun lalu telah menjawat jawatan timbalan presiden untuk selama dua penggal apabila pengabungan kedua-dua parti itu membentuk PKR. katanya. Keputusannya untuk mengundurkan diri itu pasti akan menghangatkan lagi pemilihan PKR di mana kerusinya itu sebelum ini diintai oleh naib presiden parti itu, Azmin Ali dan ahli majlis tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim.

[Keputusan Dr.Syed Hussin Ali jelas sekali satu tindakan bijak yang cukup popular buat masa ini. Dengan pengumuman tersebut maka pertembungan bagi jawatan kedua parti itu kini terbuka antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim. Beliau juga wajar tidak mendedahkan siapakah calon yang mahu disokongnya, agat tidak menimbulkan polimik baru dalam parti. Apapun, kita ucapkan tahniah kepada beliau atas tindakan tersebut. Sesungguhnya beliau telah mencurahkan banyak jasa untuk membawa perubahan besar terhadap arus perjuangan rakyat di negara ini sejak sekian lama. Semoga beliau akan terus menyumbangkan buah fikiran untuk parti pada masa yang akan datang. Cuma, masih ada yang menimbulkan spekulasi negattif terhadap keputusan yang telah dibuat ini].

Edisi Pahang: Program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri & Himpunan Anak Muda Di Perantauan Dewan Pemuda PAS Negeri Ini Di Sambut Meriah !

BANDAR JENGKA, 13 Sept - Program Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri dan Himpunan Anak Muda Di Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mendapat sambutan hangat semalam (12 Sept). Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Nisa Kuala Krau dan Jawatankuasa PAS Cawangan Jengka 15 telah mmengadakan program tersebut di simpang utama, jalan besar Felda Semarak Jengka 15 dekat sini. Ribuan anak muda di perantauan dan penyokong Pakatan Rakyat hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), Ustaz Shahril Azman Abd Halim (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang) serta lain-lain pemimpin PAS Negeri dan kawasan (Kuala Krau). Turut hadir ialah Balasubramaniam iaitu Pengerusi Dewan Kelab Penyokong PAS Pahang. Orang ramai mula membanjiri lokasi majlis sekitar jam 9.30 pagi lagi. Disamping menjamu selera dengan berbagai juadah raya yang disediakan, orang ramai turut juga mendengar ucapan daripada pemimpin dan hiburan nasyid oleh kumpulan Qamarul Raihan. Acara itu dimeriahkan lagi dengan celoteh daripada juruhebah jemputan yang menceriakan majlis berkenaan. Turut diadakan ialah acara cabutan bertuah dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga pihak penganjur menyediakan kaunter pendaftaran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Majlis tersebut berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Dato' Tuan beramah mesra (kiri), antara pimpinan PAS yang hadir (kanan)

Antara hadirin yang telah meluangkan masa hadir dalam majlis berkenaan

Dato' Tuan sumbang duit raya (kiri), kaunter SPR dan ANAK dibuka (kanan)

[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang atas usaha murni menganjurkan program yang julung-julung kalinya ini. Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa PAS tetap mendapat sokongan rakyat dalam apa jua keadaan sekali pun. Apa yang menarik, acara tersebut dijalankan di kampung ADUN Jengka, Wan Salman sendiri. Ini akan memberi tekanan yang cukup kuat kepadanya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO BN di kawasan itu. PDO mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta seluruh kepimpinan PAS Negeri Pahang. Semoga acara-cara seperti ini akan mengeratkan lagi sillaturahim sesama rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik mereka]. DPP Kuala Krau

Panas: Wajah Sebenar "Dua Suspek Utama" Kes Bunuh Sosilawati Terbongkar, Soalnya Kenapa Identiti Mereka Semua Masih Dirahsiakannya !!

Sudah beberapa hari suspek utama kes pemunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijejaki. Malah, suspek yang dipercayai merupakan seorang "Peguam yang bergelar Doktor", adiknya serta enam yang lain telah pun dikenalpasti. Biar pun ia masih belum "disahkan", namun umum mengetahui bahawa kesemua suspek bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya India. Tambahan mula terdapat banyak laman blog yang menyiarkan wajah sebenar suspek ketika ditahan oleh pihak polis. Anehnya, media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia masih "berselera" untuk merahsiakan identiti suspek kepada umum. Kenapa ini berlaku?. Apakah dek kerana suspek mempunyai hubungan cukup rapat dengan kepimpinan UMNO BN Selangor, maka identiti beliau yang sebenarnya perlu dirahsiakan. Sedangkan, dalam kes-kes sebelum ini setiap suspek yang berjaya diberkas pasti akan didedahkan identitinya oleh pihak terbabit. Malah, mereka masih gemar membuat rakyat tertanya-tanya dalam setiap kenyataan yang dibuat. Antaranya, masih menggunakan "suspek yang dikehendaki" tanpa memberitahu identiti sebenar. Malah dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, jelas mengatakan "Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu. Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat. Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut", lapor muka depan akhbar arus perdana terbabit. Soalnya, kenapa mahu dirahsia sedangkan maklumat tentang suspek sudah pun dibocorkan.

Kenapa Begitu Sukar Dedahkan Identiti Suspek

Soalnya sekarang, kenapa begitu sukar untuk pihak terbabit "melaporkan identiti suspek" berkenaan. Kesukaran ini menimbulkan kemuskykilan dan keraguan, seolah-olah ada perancangan lain yang mahu dibuat terhadap kes ini. Mungkinkah akan berlaku lagi kehilangan "rekod perjalanan ke Malaysia" seperti yang berlaku terhadap Altantunya Shaariibuu dulu agaknya?. Atau mungkinkah ada orang lain yang akan dijadikan "kambing hitam" sebagai suspek utama kes ini, akhirnya suspek utama terlepas. Ini sesuatu yang menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Soalnya juga, apakah istilah "suspek paling dikehendaki" masih boleh digunakan terhadap "suspek yang sudah mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan telah menunjukkan tempat mereka melakukan perbuatan jenayah itu". Sedangkan segala bukti-bukti kukuh jelas mengaitkan mereka dengan kes berkenaan. Wajarkah kes seperti ini perlu dirahsiakan kepada umum?. Kenapa pihak polis begitu sukar untuk mendedahkan identiti suspek kepada pihak media. Mereka telah melakukan siasatan dengan cepat terhadap kes ini, tetapi masih terlalu lambat untuk umumkan identiti suspek kepada umum. Ia menyebabkan umum tertanya-tanya tentang siapakah rakyat Malaysia yang tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa. Dasyat dan kejam!. Itulah gambaran yang boleh kita huraikan terhadap kes ini. Mereka rupanya belajar tektik membunh daripada apa yang terjadi terhadap kes Altantunya suatu ketika dulu.


Inilah wajah sebenar dua suspek utama kes pembunuhan Sosilawati itu
[Justeru itu, rakyat amatlah berharap agar pihak terbabit lebih jujur melaporkan berita. Kenapa perlu disembunyikan jika memang benar mereka semua suspek yang paling dikehendaki. Rakyat ingin tahu, bagaimanakah seorang suspek kes jenayah boleh mendapat anugerah "Datuk" dengan begitu mudah dalam usia yang muda. Malah, kita juga terkejut dengan pengakuan suspek bahawa memang sudah ada beberapa siri pembunuhan yang sama di kawasan terbabit sebelum ini. Masalahnya, kenapa pihak polis gagal menjalankan siasatan andainya ada laporan kehilangan seperti yang berlaku terhadap Sosilawati Lawiya ini?. Maknanya, penjenayah itu memang mempunyai satu kumpulan pembunuh yang sudah diupah bagi menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak bersetuju atau menjadi musuh perniagaan mereka. Bukankah ini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Tambahan pula disaat-saat Ketua Polis Negara, Musa Hassan pencen semalam. Agaknya, inilah hadiah paling istimewa sempena persaraan KPN yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau selama ini. Semua ini menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat sekarang].

Panas: "Suspek Pembunuhan" Sosilawati Pernah Dikenakan Tindakan Mahkamah Dan Di Gantung Amalan Perkhidmatan Guaman Selama Setahun !



Kes pembunuhan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kini semakin hangat dipertakakan oleh rakyat Malaysia seantero dunia. Ramai yang terkejut kerana kes jenayah ini berlaku tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari yang lalu. Kehilangan yang dilaporkan pada awalnya, kini menjadi satu mimpi ngeri yang sukar untuk digambarkan. Tambahan pula dengan terjumpanya mayat rentung yang dipercayai keempat-empat mangsa yang hilang tersebut. Malah, lebih mengejutkan apabila pihak polis akhirnya berjaya menahan beberapa orang suspek kes berkenaan termasuk seorang "Peguam bergelar Datuk" dan adiknya. Maklumat ini sungguh menggemparkan, pabila orang yang diharapkan memeprtahankan keadilan dan undang-undang tiba-tiba disabitkan sebagai suspek pembunuhan ngeri berkenaan. Bukan sahaja mayat keempat-empat mangsa dibunuh dengan kejam, malah abunya juga dibakar dan dicampakkan ke laut. Dengan perkembangan ini, ia membawa erti pastinya kes pembunuhan misteri ini bukan dilakukan oleh orang Melayu, sebaliknya kaum lain (berdasarkan kaedah membakar mayat dan abunya dibuang). Kes ini lebih hebat daripada apa yang berlaku terhadap wanita Monggolia Altantunya Shariibuu beberapa tahun yang lalu. Cuma bezanya, Altantunya diletupkan dengan bom C4 sebaliknya Sosilawati dan tiga yang lain dibakar hingga rentung dan abunya dibuang di sebatang sungai di Ladang Gadong, Tanjong Sepat Banting.

Bagaimana Suspek Boleh Dapat Gelaran Datuk

Apa yang memusykilkan kita, sehingga ke hari ini media masih merahsiakan identiti "Datuk" berkenaan. Malah, ramai yang terkejut apabila sebelum ini telah ada kes pembunuhan yang sama dalam kawasan di mana pembunuhan terhadap keempat-empat mangsa berlaku. Maknanya, jenayah yang dilakukan oleh suspek berkenaan cukup berbahaya. Soalnya, bagaimana beliau boleh mendapat gelaran "Datuk" dalam usia yang cukup muda. Ramai yang mempersoalkan kewajaran ini. Bagaimana ini boleh berlaku, malah kerja-kerja jahat yang beliau lakukan itu pula dipercayai mendapat "perlindungan" daripada pemimpin politik di negeri Selangor. Jika ia benar, siapakah pemimpin politik terbabit?. Apakah ia melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah Selangor atau Kerajaan UMNO BN yang telah berkuasa sejak sekian lama di negeri itu?. Perkara ini haruslah didedahkan, agar rakyat tahu siapakah dalang disebalik "kekuasaan dan kekejaman" yang dilakukan oleh "Datuk" terbabit. Apa yang berlaku seolah-olah cerita biasa yang kita lihat dalam kebanyakkan filem Hindustan dan Tamil yang sering ditayangkan di kaca TV negara kita. Maknanya, penjenayah terbabit belajar taktik dan taknik membunuh melalui filem-filem berkenaan. Lantaran itu, kita tidak hairan "tembok besar" didirikan di sekeliling kawasan Ladang Gadong berkenaan. Maknanya, barang sesiapa yang telah dibawa masuk ke kawasan terbabit pasti tidak akan selamat. Mereka boleh dibunuh bila-bila masa sahaja dan mayatnya akan dijadikan abu untuk dihanyutkan ke sungai berdekatan. Makanya, siapa yang tahu kerja jahat penjenayah ini. Mujurlah kes terbaru ini melibatkan seorang tokoh usahawan dan jutawan wanita terkenal di negara kita. Jika tidak, sudah pasti rahsia jenayah kesemua mereka ini tidak akan dapat dijejaki. Sebab mereka melakukan modus operandi ala-ala filem itu sebenarnya.

Suspek Kes Bunuh Sosilawati Pernah Di Gantung
Biarpun umum masih belum mengetahui siapakah sebenarnya Peguam bergelar "Datuk" yang dikatakan suspek kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain. Namun, di banyak laman-laman blog kini sudah dipaparkan wajah suspek berkenaan. Malah ada juga maklumat yang mengatakan suspek tersebut pernah dikenakan tindakan oleh Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, dimanaka mereka telah digantung amalan guaman selama satu tahun mulai 9 Mac 2007 hingga 30 Mac 2008. Mereka yang terbabit ialah Peguam Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen, adiknya Surendren a/l Nalliannen dan proksinya En Umar Baki Bin Abdul Majid. Mereka dikenakan tindakan dalam Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976. Pathmanabhan dan Surendren ketika itu menjalankan operasi mereka di Tetuan Pathma Nalli & Partners, No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting Selangor. Sementara itu Umar Baki pula beralamat di Tetuan Umar Baki & Co., No. 3348, Tingkat 1, Jalan 18/32, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan. Tindakan tatertib tersebut bertarikh 31 Mac 2007 dan telah ditandatangani oleh Lim Chee Wee, Setiausaha Majlis Peguam. Kesemua mereka tidak layak untuk jalankan amalan guaman dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihati mengambil perhatian tentang perkara itu.


Bukti tindakan tatatertib berkenaan, sila klik imej atau klik DISINI
[Dengan pendedahan ini, apakah pembunuh yang dimaksudkan itu adalah "Datuk Pathmanabhan"?. Berdasarkan kepada gambar-gambar suspek yang disiarkan dalam kebanyakkan akhbar arus perdana, ternyata memang tidak salah lagi gambar tersebut ialah beliau. Jika benar, kenapa media arus perdana tidak berani untuk menyiarkan "identiti" penuh suspek berkenaan agaknya?. Apakah kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin politik tertentu, makanya identiti beliau terpaksa dirahsiakan. Apakah tragedi pembunuhan Noritta Shamsuddin yang menyaksikan tiada siapa akhirnya didapati bersalah selepas Haneff Basri dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sedangkan sebelum itu kita dihebohkan dengan satu penemuan oleh pihak berkenaan bahawa terdapat suspek yang merupakan pemimpin bergelar "Datuk" terlibat dalam kes tersebut. Akhirnya kini semuanya bebas dan tidak dijatuhkan apa-apa hukuman. Apakah senario yang sama akan berlaku terhadap Sosilawati kali ini. Justeru itu, harapan kita agar pihak polis dapat mengumumkan siapakah sebenarnya suspek pembunuhan ngeri tersebut. Biar rakyat mengetahuinya daripada terus tertanya-tanya dan masih berteka-teki tentang hal itu sehingga ke hari ini].

Sosilawati Dibunuh Kerana Saingan Perniagaan Dan Urus Niaga Kewangan, Polis Tahan Peguam Bergelar Datuk, Adiknya Dan Enam Suspek Lain

BANTING 12 Sept [8.25 pm] – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (foto) berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini. Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam. Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.
[Apa sudah jadi dengan undang-undang di Malaysia. Kes ini semakin menggemparkan apabila manusia yang diharapkan melaksanakan undang-undang tergamak pula membuat jenayah pembunuhan kejam seperti ini. Semuanya dek kerana perasaan iri hati dan dendam serta wang ringgit semata-mata. Jika inilah sikap peguam terbabit, maka apakah kita boleh percaya dengan peguam-peguam yang bekerja untuk duit semata-mata terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang?. Mereka tergamak melacurkan amalan perguaman untuk kemewahan dan duniawi semata-mata. Soalnya, siapakah "Datuk" terbabit. Malah, kita juga terkejut begitu cepat sekali pihak polis menjalankan penyiasatan kes ini dan berjaya membongkarkannya. Sedangkan dalam banyak kes lain hingga setakat ini penjenayah masih bebas sebenarnya. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada adik Sharlinie dulu. Beliau juga dibunuh kejam, tetapi apakah kerana dia anak pemandu teksi maka kesnya dilambat-lambatkan?. Apakah kerana Sosilawati itu seorang Jutawan terkenal, maka kesnya dipercepatkan. Ternyata ramai juga yang kecewa dengan senario ini. Bukankah banyak kes jenayah lain yang masih tergantung sehingga ke hari ini. Malah, apakah enam pekerja ladang akan "dikambinghitamkan" dalam tragedi ini. Sama seperti Sirul dan Azilah dalam kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu dulu!!].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.