Tengku Faris diisytihar Sultan baru



TENGKU Muhammad Faris bersalam dengan para pegawai kerajaan selepas
diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan yang baru di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari.
"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini (semalam)," katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.