Beliau berkata Projek Langat 2 hanya akan membekalkan air dari Pahang dalam masa 3 hingga 4 tahun lalu, walhal keperluan air di Selangor mendesak kepada strategi yang pantas, meliputi segenap aspek dari punca air, perawatan, pembekalan, kitaran dan pengurusan.
Beliau melahirkan kekesalan kerana Kerajaan Persekutuan gagal melihat isu air Selangor dari gambaran yang lebih luas, kerana terlalu tertumpu untuk menyegerakan projek mega pengimportan air dari Pahang ke Selangor.
Kerajaan negeri Selangor hanya akan bersetuju dengan projek Langat 2 hanya apabila penyelesaian isu air melibatkan penyusunan semula operator-operator industri air di Selangor dicapai.
"kita percaya cara penyelesaian yang menyeluruh, maknanya dengan adanya saja penyelesaian langat 2 iaitu kita akan mendapat air drp pahang dalam 3 atau 4 tahun akan datang, itu tidak akan menyelesaikan masalah pengurusan air di negeri selangor"kata Khalid
"jadi oleh sebab itu, kita fikir kita hanya akan setuju apabila penyelesaiannya mengambil kira tentang penyusunan operator2 air di selangor dan juga jika perlu kita juga melaksanakan langat 2"jelas Khalid
Khalid percaya penyusunan semula operator industri bekalan air dan meningkatkan taraf pengeluaran dengan mengurangkan 'non revenue water' dapat menyelesaikan jangkaan bekalan air masa hadapan.
Dibawah pengurusan swasta, operasi bekalan air Selangor gagal mencapai tahap optimum kerana hanya 60 hingga 70 peratus jumlah air yang telah diproses dapat dimanfaatkan, manakala bakinya tidak dapat digunakan.
"treated water, only 60% t0 70% of treated water are usable water. the rest, ia tak, mengalir ntah kemana-mana. jadi from our point of view, thisn is not an effective and efficient way of managing the water industry in selangor"
"kita juga dapati penyelesaian masa depan lagi mahal kerana banyak lagi kos-kos yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah apa yang dipanggil non-revenue water"kata Khalid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan