Pembaca akhbar di Asia meningkat



GAMBAR menunjukkan akhbar-akhbar di pasaran Hong Kong pada 7 September lalu.


HONG KONG - Akhbar-akhbar di Asia masih kekal popular manakala trend membaca akhbar dalam talian dilihat amat perlahan di benua itu.
Pendedahan itu dibuat oleh firma perunding Pricewaterhouse Coopers menerusi satu kajian.
Menurut kajian itu, iklan yang merupakan nadi pendapatan akhbar di Asia dijangka meningkat sebanyak 3.1 peratus setiap tahun sehingga 2014.
Angka itu berbeza dengan situasi di pasaran Amerika Utara apabila iklan di akhbar menurun sebanyak 47 peratus sejak 2005.
Jepun kini mempunyai jumlah pembaca akhbar yang paling tinggi di dunia.
"Di Asia Pasifik dan Amerika Latin, jumlah pembaca telah meningkat dan semakin meningkat," kata laporan tersebut.
Hampir 80 peratus golongan dewasa di Hong Kong yang mempunyai penduduk seramai tujuh juta telah membaca akhbar.
"Penduduk Cina lebih berminat untuk mendapatkan maklumat menerusi akhbar kerana secara tradisinya ia merupakan cara ibu dan bapa mereka menghabiskan masa dengan membaca akhbar," kata Ketua Editor akhbar Apple, Cheng Ming-yan. - AFP

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.