NASA uji kenderaan ke bulan, Marikh



GAMBAR menunjukkan dua buah kenderaan penjelajahan diuji di sebuah gurun di Arizona pada Rabu lalu.



ROBOT yang mempunyai enam tangan turut diuji di sebuah gurun di Arizona.


FLAGSTAFF - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menguji kenderaan penjelajahan angkasa lepas baru untuk planet Marikh dan bulan sebesar trak pikap di sebuah gurun di Arizona pada Rabu lalu.
Kenderaan baru itu mempunyai kabin yang boleh menempatkan angkasawan selama 14 hari.
Menurut seorang angkasawan NASA, Mike Gernhardt: "Kami berada di sini untuk menguji satu ekspedisi planet dengan menggunakan kenderaan penjelajahan angkasa lepas."
Gernhardt berkata, pihaknya menguji kenderaan itu seperti ia berada di lokasi sebenar di sebuah planet di angkasa lepas.
Sebuah lagi kenderaan robot memiliki enam tangan dikenali dengan nama Athlete turut diuji.
Robot itu direka untuk melakukan tugas-tugas pemunggahan, pengangkutan dan mengendalikan kargo di bulan. - Agensi

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.