September 22, 2010, Wednesday
SIBU: Seorang gadis berumur 11 tahun dari Sungai Sadit dekat sini disyaki dirogol beramai- ramai oleh lima warga asing yang bekerja di sebuah limbungan kapal berdekatan dengan rumahnya, ketika balik dari gereja.Kejadian itu dipercayai berlaku lima bulan lepas sejak Februari, namum ahli keluarganya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat aduan rogol terhadap pekerja asing berkenaan pada Isnin lalu, selepas menyedari budak perempuan tersebut mengandung.
Ketua Polis Daerah Sibu, ASP Shafie Ismail ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubungan kes tersebut, semalam.
Katanya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kami telah menahan lima orang suspek daripada limbungan kapal tersebut untuk disoal siasat dan telah membebaskan empat daripada mereka. Hanya seorang daripada mereka yang ditahan untuk siastan lanjut,” katanya.
Katanya, polis sedang mencari empat orang asing lagi yang masih bebas dan dipercayai terlibat dalam kes itu untuk membantu siasatan.
Keempat-empat pekerja warga asing diburu itu sudah meninggalkan limbungan tersebut dan polis kini sedang giat mengesan mereka.
Insiden rogol tersebut dipercayai berlaku apabila gadis tersebut dalam perjalanan pulang pada waktu malam selepas menghadiri sembahyang Ahad.
Gadis tersebut dikatakan sering menumpang van dari gereja dan selepas tamat waktu sembahyang, difahamkan mangsa selalu dihantar sehingga ke tepi jalan sahaja sebelum berjalan kaki ke rumahnya yang melintasi kuarters di mana pekerja-pekerja asing itu tinggal.
Polis masih bagaimanapun belum dapat mengesahkan bagaimana mangsa dibawa ke kuarters berkenaan di mana insiden rogol itu dipercayai berlaku.
Shafie berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu.
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan sumber memberitahu kandungannya telah digugurkan meskipun polis masih belum mengesahkan fakta tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan