UMNO Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik - MESEJ KHAS UNTUK BUKAN PENYOKONG PAS

by Dewan Muslimat Selangor on Thursday, September 23, 2010 at 5:32am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam Tun Dr. Mahathir yang menuduh PAS menjual agama untuk kepentingan politik. Hakikat yang berlaku ialah UMNO yang memperkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Tun melahirkan rasa amarahnya kepada PAS kerana InsyaAllah PAS akan menggantikan UMNO sedikit masa lagi. Beliau sedar bahawa generasi baru hari ini mual dengan UMNO dan telah menjadikan PAS sebagai pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru seperti Tun Dr Mahathir. Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar UMNO yang sudah lapok dan berkulat. Mereka yang sokong UMNO termasuk anak-anak Tun adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja. Perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.


PAS menyangkal tuduhan Tun Dr. Mahathir yang menyamakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk "Tahalluf" yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak daripada PAS ditubuhkan. Manakala UMNO berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam.

Selama 53 tahun UMNO dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pula pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN semakin keliru dengan pemahaman Islam mereka. Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah Al-Quran diadakan di negara ini, tetapi isteri pemimpin-pemimpin UMNO daripada muda sampai tua masih ramai yang tidak menutup aurat. Jika perkara yang sekecil ini pun UMNO masih gagal untuk memahamkan rakan-rakan BN, apatah lagi perkara yang lebih besar.

PAS ingin menegaskan bahawa, di dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia pemerintahannya tidak sampai 3 tahun berbanding dengan UMNO yang berkuasa lebih 53 tahun. 

PAS mengharapkan Tun masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan UMNO. Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah pimpinan kerajaan UMNO menjadi kubur? Bukankah masjid di zaman Tun berkuasa dahulu dibelenggu? Ahli Jawatankuasa yang aktif pula telah dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid, yang begitu rendah moral dan akhlaknya.

Tun bertindak sedemikian kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan UMNO terutama selepas keputusan pilihanraya tahun 1999. Tun Mahathir juga mempertikaikan, kenapa PAS menyokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau?

PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat, Pas merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja. Pendirian ini selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1/3/2010.

Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid? Apakah hukum menjadi halal  kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram  kalau daripada DAP? Feqah mana yang Tun rujuk? Memanglah Feqah UMNO bukan sahaja orang bukan Islam daripada DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr. Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik. Kalau ustaz UMNO bercakap supaya sokong UMNO itu tidak politik, tapi kalau cakap sokong Islam maka ini politik.

Tun membangkitkan yang PAS sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP. Sekarang PAS hendak tanya, adakah Tun Mahathir pula sokong hudud? Mungkin Tun sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan supaya jangan laksanakan kanun jenayah syariah di Kelantan. Malahan menuduh ini hudud PAS, bila dicabar pula mana hudud UMNO sampai hari ini masih tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatutnya berfikiran begitu.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.