by TVSelangor2009 on Tuesday, September 21, 2010 at 2:24pm
SHAH ALAM 21 SEPT : Ravi Nekoo disebut-sebut sebagai peguam bela kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, selepas mereka didakwa dilantik keluarga dua beradik itu.
Mengikut laporan blog Malaysia-Instinct yang mendakwa menerima kenyataan media daripada firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates, pelantikan Ravi dibuat pada 12 September lalu.
Firma itu memiliki pengalaman 15 tahun dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes jenayah dan sivil.
Mengikut blog itu, Ravi antara peguam pemerhati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada prosiding Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung klip video perbualan peguam Datuk V K Lingam, dua tahun lalu.
Beliau turut terlibat dalam kes perebutan hak penjagaan anak antara S Shamala dan Dr Muhammad Ridzwan Mogarajah, selain menjadi peguam pemerhati bagi pihak Daphne Iking dalam kes seorang ahli perniagaan yang didakwa cuba memikat pengacara terbabit ketika masih isteri orang.
Blog itu yang memetik kenyataan media turut menyatakan keluarga suspek tidak berpuas hati dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah yang didakwa tidak memberi peluang untuk bertemu dengan-anak guamnya.
"Kami menghantar surat bertarikh 14 September lalu kepada Chin Wah supaya diberi peluang bertemu dengan anak guam kami. Bagaimanapun tiada maklum balas diterima," kata kenyataan itu yang disiar Malaysia Instinct.
Ravi dalam kenyataan sama juga mendakwa, polis gagal memaklumkan mereka mengenai lanjutan tempoh reman anak guam mereka dan hanya mengetahuinya melalui media massa.
Cubaan TV Selangor mendapat pengesahan Ravi gagal berikutan telefon bimbitnya tidak berjawab.
Pada satu sidang media hari ini, Presiden Majlis Peguam, K Ragunath berkata, semua orang termasuk kedua-dua suspek itu berhak mendapat pembelaan dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktinya sebaliknya.
Diminta mengulas pelantikan Ravi, beliau tidak tahu mengenai hal itu tetapi meminta media massa tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses keadilan.
Pada 18 September lalu, Majistret Mohd. Azeli Ibrahim membenarkan lanjutan reman terhadap seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar Datuk, adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan bakar itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan