Kajian teliti perlu sebelum laksana umur persaraan(bukti menunjukkan bahawa negara malaysia masih belumpulih dari krisis ekonominya walaupun diwar-warkan keuntungan negara tapi makin ramai rakyat menderita dengan sarahidup yang meningkat)


Ia pasti akan memberi implikasi kepada lepasan IPT: Ghani

KUCHING: Penilaian dan kajian lebih teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek mesti dilakukan sebelum keputusan melanjutkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan dari 58 kepada 60 tahun dilaksanakan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
Melanjutkan umur persaraan atau tidak sudah pasti akan memberi implikasi kepada rakyat terutama lepasan institusi pengajian tinggi serta sekolah dan negara secara keseluruhannya, tambah beliau.
“Maknanya kesan baik atau buruk meningkat usia persaraan mesti diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat kerana secara peribadinya saya fikir umur persaraan sangat reletif dalam konteks kesihatan atau panjangnya umur seseorang,” katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia agar seragam dengan amalan di negara lain di rantau ini.
Katanya sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 hingga 62 tahun.
Memorandum berhubung cadangan itu katanya telah diserahkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan beberapa tahun lepas namun menurutnya kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.
Terdahulu Mohd Morshidi mempengerusikan sidang akhbar mengenai Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, dekat sini semalam.
Beliau bagaimanapun berkata terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan dan sudah tentu kerajaan dan sudah tentu kerajaan ada pertimbangan-pertimbangannya sendiri berhubung perkara tersebut.
“Kerajaan sudah tentu akan mengambil kira keperluan menggunakan lebih ramai khidmat ‘orang yang cukup berpengalaman’ untuk terus menyumbang kepada sektor perkhidmatan awam negara.
“Pada masa aspek populasi, demografi dan melihat jumlah penduduk yang bakal melangkah ke dunia pekerja bukan hanya dalam sektor awam tetapi juga swasta perlu dikaji,” ujarnya.
Beliau menambah kerajaan juga perlu benar-benar mengkaji dengan mendalam corak dunia pekerjaan pada masa akan datang selain kadar pengangguran dalam kalangan rakyat di negara ini.
Meskipun kadar penganguran katanya bukan isu di negara ini dan Sarawak khasnya kerana ketika ini kadar pengangguran di Sarawak hanya sekitar tiga peratus kerajaan negeri tetap berusaha menyediakan banyak peluang pekerjaan sebagai persiapan untuk generasi akan datang.
“SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) misalnya memerlukan seramai 1.5 juta pekerja bagi mengisi pelbagai peringkat pekerjaan menjelang 2030. Semua ini bertujuan memastikan rakyat negeri ini khasnya ada pekerjaan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.