Tuntutan Penan ditunai-selepas keluar malaysia kini baru nak buat janji tapi dah terlambat dan janji nie hanya retorik saje.


LONG BELOK: Sembilan perkampungan Penan di Ulu Baram yang pernah mengadakan sekatan jalan balak bagi menuntut Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tahun lalu kini boleh menarik nafas lega berikutan komitmen kerajaan untuk menunaikan permintaan itu.
DENGAR BAIK-BAIK: Lihan sedang memberi taklimat mengenai NCR kepada penduduk Penan di Long Belok.
DENGAR BAIK-BAIK: Lihan sedang memberi taklimat mengenai NCR kepada penduduk Penan di Long Belok.
Pada September tahun lalu, kaum Penan dari perkampungan tersebut mengadakan tiga sekatan jalan balak di Simpang Empat, Long Belok dan Long Bangan menyebabkan aktiviti pembalakan lumpuh selama 10 hari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok berkata, kini genap setahun peristiwa itu berlalu, kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk menunaikan permintaan mereka termasuk memberi tanah seperti kaum Bumiputera lain di negeri ini.
“Pada masa ini, kita sedang memberi taklimat dari kampung ke kampung di kawasan Telang Usan mengenai kerja menyukat dan mengukur tanah NCR sebelum ia dapat diberikan kepada pemilik secara sah (dengan geran tanah).
“Kita mahu kaum Penan sedar bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan atau lupa akan janji untuk menyelesaikan perkara ini dengan saksama. Justeru kita bertemu dengan mereka dan menjelaskan mengenai kerja penyukatan NCR,” katanya kepada Utusan Borneo, selepas mengadakan taklimat mengenai penyukatan NCR di Long Belok pada Sabtu lalu.
Lihan memberitahu, melalui penyukatan NCR ini, ia memastikan kaum Penan di Telang Usan akan memiliki tanah dan dapat membangunkannya untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Katanya, usaha ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dan persekutuan untuk memastikan tiada kaum peribumi di negeri ini terpinggir daripada menikmati pembangunan.
“Selepas taklimat ini, kita berharap Penan di sini dapat mengenal pasti tanah milik mereka. Untuk memudahkan proses, mereka boleh mendapatkan rujukan daripada kaum lain yang tinggal berhampiran seperti kaum Kayan di Long Bedian,” katanya.
Selain Long Belok, Lihan yang diiringi beberapa pegawai polis turut mengadakan taklimat yang sama di Long Nen.
Dalam pada itu, penduduk Penan di situ melahirkan perasaan teruja dengan langkah kerajaan menyukat tanah NCR dan menyifatkan ia satu lagi dimensi baru dalam mengubah masa depan mereka.
Mengenai permintaan kaum Penan di Long Belok dan Long Nen di Simpang Empat yang memohon sebuah tadika di kawasan rumah panjang, Lihan beri jaminan akan membawa perkara itu kepada pihak berkaitan di peringkat negeri dan pusat.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.