Masalah kemiskinan perlu perhatian serius-Selama 47 tahun merdeka bn sarawak asyik cakap membasmi kemiskinan tetapi masih lagi rakyat menderita kerana janji kosong bn sarawak.


Rancangan jangka panjang bagi menangani isu itu terutama di kawasan bandar perlu diwujudkan: Yong
DAPUR BERGERAK SKUP: Yong bersama yang lain di sebelah dapur bergerak SKUP yang akan bergerak di enam pusat kawasan untuk mengagihkan makanan tengah hari kepada golongan miskin di sekitar bandar.
DAPUR BERGERAK SKUP: Yong bersama yang lain di sebelah dapur bergerak SKUP yang akan bergerak di enam pusat kawasan untuk mengagihkan makanan tengah hari kepada golongan miskin di sekitar bandar.
KUCHING: Sebuah rancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi membasmi kemiskinan terutama di kawasan bandar.
Penasihat Persatuan untuk Golongan Miskin di Bandar Kuching (SKUP) Lily Yong berkata, masalah kemiskinan di kawasan bandar menuntut perhatian serius daripada kerajaan.
“Kerajaan perlu mempunyai pelan jangka panjang untuk membantu golongan miskin khususnya di kawasan bandar sebelum ia mewujudkan masalah sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program perkhidmatan untuk penduduk miskin di bandar Kuching di Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak, Jalan Stampin, di sini, semalam.
Yong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kuching berkata, tahap kemiskinan di bandar dan luar bandar berbeza kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi dan memerlukan banyak perbelanjaan.
Golongan miskin di bandar malah sukar untuk mengisi perut berbanding golongan miskin di luar bandar.
Yong menjelaskan, golongan miskin di luar bandar sekurang-kurangnya boleh bercucuk tanam atau memelihara ternakan dan menangkap ikan untuk dijadikan sumber makanan.
Oleh itu, katanya mereka baru-baru ini mewujudkan SKUP,sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu kerajaan menjaga kebajikan golongan miskin di sekitar bandar raya ini.
Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli-ahli sukarelawan.
“Saya menggalakkan lebih ramai ahli sukarelawan menyertai persatuan ini bagi membantu golongan miskin di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi SKUP Kapitan Peter Wong Hung Huang berkata, persatuan akan mengedarkan hidangan tengah hari menerusi ‘dapur bergerak’ di enam pusat di sekitar bandar raya khususnya kawasan yang mempunyai ramai keluarga miskin tegar.
Ia akan bergerak di Song Kheng Hai, Padungan, kawa-san Pending (dua), kawasan Batu Kawah (satu), dan kawasan Green Road (dua).
“Hari ini (semalam) kita melancarkan dapur bergerak untuk menyediakan satu hidangan, selama tujuh hari seminggu kepada semua golongan miskin tegar di Kuching,” katanya.
Menurutnya hidangan berlainan akan disediakan sepanjang minggu seperti nasi goreng, nasi lemak, mi goreng, roti dan telur dan banyak lagi.
Manakala pada Ahad pula, persatuan akan memberi makanan kering.
“Sesiapa yang berkeluarga perlu mendaftar dan ditemu duga terlebih dahulu sebelum makanan dapat diagihkan,” katanya.
Tambahnya, persatuan itu turut menyediakan vitamin untuk kanak-kanak dan ia hanya diberi selepas ditemu duga dan lawatan ke rumah.
Katanya, persatuan ingin membantu golongan itu mencari kerja sementara dan bagi kes yang memerlukan, persatuan akan memohon subsidi daripada jabatan kebajikan kerajaan.
“Pelan jangka panjang persatuan adalah untuk membantu keluarga miskin tegar untuk mampu menyara diri.
“Ini dapat dilakukan menerusi latihan kemahiran serta mempunyai pekerjaan tetap, perubahan pada sikap dan asas keusahawanan dengan kewangan mikro,” katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.