Rampasan terbesar


Pasukan Bertindak Khas Hak Cipta rampas barangan cetak rompak bernilai RM167,000 termasuk 30,000 lagu dimuat turun secara haram
KUCHING: Pasukan Bertindak Khas Hak Cipta telah menyerbu tiga buah premis perniagaan tanpa lesen di sini semalam dan merampas barangan cetak rompak bernilai RM167,000.
BARANG RAMPASAN: Uzir dan Tan menunjukkan barang yang dirampas pada sidang media semalam.
BARANG RAMPASAN: Uzir dan Tan menunjukkan barang yang dirampas pada sidang media semalam.
Serbuan diketuai oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dari Kota Kinabalu, Mohd Rahim Ibrahim dan Mohd Sakri Mohd Salleh bersama 12 orang anggotanya serta dibantu oleh lapan pegawai polis di sini.
Serbuan telah dilakukan di tiga buah pusat hiburan di Jalan Tawi Sli, dan di dua buah pusat beli-belah di sini, yang bertujuan untuk membanteras kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa.
Barang-barang sitaan termasuk server komputer, Unit Pemprosesan Komputer (CPU), speaker set karaoke, komputer riba, kad SD dan set komputer yang mengandungi lebih 10,000 dan 30,000 lagu yang dimuat turun secara haram daripada Universal Music, SRC, Rock Record, Sony Music, Warner Music, NSR, Suwah KRU dan lain-lain.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat KPDNKK di sini semalam, pengarah KPDNKK Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman memberitahu nilai barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM167,000 itu adalah rampasan terbesar di Sarawak.
Tiga tempat perniagaan terbabit telah dikenal pasti menggunakan rakaman salinan karaoke yang melanggar hak peraturan yang dimiliki oleh ahli-ahli Public Performance Malaysia (PPM) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia Sdn. Bhd (RIM).
“Walaupun amaran keras telah diberikan kepada kesemua pusat karaoke oleh Pasukan Bertindak Khas Hak Cipta, mereka memilih untuk tidak mengendahkan amaran kerajaan.
“Berikutan aduan yang dibuat oleh PPM dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia Sdn. Bhd (RIM), kami tiada alternatif lain tetapi membuat serbuan di ketiga-tiga permis tersebut.
“Kesemua mereka disyaki telah melanggar Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987 iaitu menjual, menyewakan atau secara dagangan mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewa apaapa salinan langgaran di mana setiap kesalahan boleh didenda sebanyak RM2,000 bagi setiap lagu atau penjara selama 5 tahun,” katanya.
Semenjak Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR) dilancarkan pada 31 Julai lepas di Limbang, sebanyak 54 kes telah dilaporkan dimana sehingga semalam, sebanyak 32 kes, Miri 14 kes, Limbang 4 kes, Sibu 3 kes dan Kapit 1 kes yang bernilai RM346,147.31.
Tambahnya, mereka akan membuat lebih banyak lagi serbuan ke atas perniagaan yang masih ingkar akan perundangan Hak Cipta.
Ketua Pegawai Eksekutif PPM dan RIM, Tan Ngiap Foo, yang turut hadir pada sidang media berkata: “Setiap perniagaan yang menjual atau menggunakan muzik rakaman yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman harus mematuhi Hak Cipta. Akta Hak Cipta tersebut melindungi hak penerbit rakaman muzik.”
“Untuk kesemua kes ini, setiap pemilik termasuk pengarah atau pengurus juga boleh dikenakan denda minimum RM20 juta atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya,” tambah Tan.
“Tinjauan kami baru-baru ini menyaksikan kira-kira 950 buah kedai telefon bimbit di Sarawak. Hanya 30 kedai menjual muat turun (download) secara sah manakala 920 lagi sebaliknya. Jumlah kerugian industri muzik daripada muat turun haram penjual telefon bimbit sekurang-kurangnya RM 10 juta setahun (anggaran 10 lagu dicuri setiap hari di setiap premis perniagaan dengan nilai RM3 setiap satu).
“Seperti muzik digital karaoke, 40 dari 80 buah pusat komersial di Sarawak menggunakan sistem komputer sah,” ujar Tan.
Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan membuat aduan mengenai perniagaan itu tidak lama lagi. PPM dan RIM mewakili industri rakaman dalam hal Hak Cipta untuk lebih daripada 1,400 syarikat rakaman tempatan serta antarabangsa.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.