" Akhbar-akhbar perdana harian sememangnya diketahui awam kepunyaan parti umno/bn. Berita dan kenyataan yang dicetak jelas mencerminkan kehendak dan suara pimpinan umno/bn.
Apabila kenyataan-kenyataan berupa hasutan mula dicetak dan dijual secara terbuka kepada awam, adalah suatu perkara yang amat dikesali.
Pihak KDN begitu rakus merampas dan menghalang akhbar parti politik yang lain daripada dijual dengan alasan menghasut dan sebagainya.
Tetapi akhbar-akhbar milik umno yang secara terang-terangan menghasut rakyat dengan memutarbelitkan fakta dan perundangan, dibiarkan terus berleluasa malah diberi perlindungan.
Barisan Nasional kini dilihat seakan menambah keahlian parti komponen mereka dengan penyertaan daripada kdn, pdrm, sprm, spr, media prima dan banyak lagi yang secara terbuka menghalalkan segala perbuatan jijik dan hina umno/bn ini.
Tajuk utama Berita Minggu hari ini yang membawa kenyataan Khairy Jamaludin, 'Tukar Speaker Perak' ternyata berbaur hasutan dan melanggar perundangan negeri Perak.
Orang ramai yang ditemui rata-rata bersetuju dengan perancangan umno/bn yang menggunakan segala jentera kerajaan dan media untuk menyelewengkan rakyat Perak. Ini kerana menurut mereka, lebih banyak kerja jijik dan hina yang mereka lakukan, lebih menyampah rakyat kepada mereka dan lebih cepat umno/bn dikuburkan di negeri Perak. "
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan