Dewa: Saya sunat sekali lagi kalau Pemuda UMNO dihukum


" Kumpulan Pemuda UMNO yang telah menyerbu Karpal Singh dan membelasahnya beserta beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain telah ditahan oleh pihak polis. Saya berkeyakinan penuh bahawa ini hanyalah gimik murahan pihak polis. Sekiranya pendakwaan benar-benar dibuat dan mereka benar-benar dipenjara, saya akan sunat sekali lagi!

"KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit mengepung Pengerusi DAP Karpal Singh di Parlimen semalam dilaporkan telah ditahan oleh polis Bukit Aman."

Sebelum ini, Karpal, ahli parlimen Bukit Gelugor masuk melalui pintu utama bangunan Parlimen apabila kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno dari Selangor mengepung Karpal Singh lalu cuba membelasahnya.


Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal ketika mereka tiba di situ.


Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggota Pemuda Umno itu.

Bayangkan kalau Najib C4 atau Khairy Singapore yang dikepung oleh pemuda-pemuda PAS di depan Parlimen lalu dilempang beberapa kali. Nescaya lembu-lembu UMNO akan segera merusuh dan bermandi darah.

Apapun, saya tegaskan sekali lagi bahawa Pemuda-pemuda UMNO selama ini berlagak sombong kerana terasa diri di atas undang-undang.

Sedar-sedar la korang tu dah kalah banyak negeri dah UMNO oi!

Kalau mereka benar-benar dipenjara (sebelum Pakatan jadi kerajaan la), saya akan sunat sekali lagi....
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.