" DAULAT TUANKU! Sesungguhnya DYMM Sultan Selangor lebih pentingkan rakyat Selangor kesuluruhannya dari pentingkan beberapa kerat manusia yang berkepentingan.
Baginda yang berpegang kepada prinsip seorang raja yang bebas dari pengaruh politik lebih percaya bahawa MB Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan 'Isu Eli' secara adil dan bijaksana.
Jika BN Selangor yang duduk sebagai pembangkang dalam DUN merasa kurang cerdik, adalah lebih baik mengambil maksud kenyataan baginda yang telah dikeluarkan oleh pihak istana.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana, baginda cukup kesal dan kecewa dengan segelintir manusia berkepentingan telah sanggup mendedahkan aib seseorang untuk tujuan politik.
Sememangnya BN cukup seronok bermain dalam hal skandal yang sundal. Melalui akses yang ada ditambah dengan penguasaan media massa, BN punya ruang luas untuk menyebar keaiban orang tanpa batas.
Kita masih ingat betapa DSAI terpaksa berhadapan fitnah HEBAT dalam kes tilam dan dakwaan bermacam-ragam, sehinggakan akhirnya 'jem' tengah jalan dakwaan pun tenggelam. Itu adalah kerja BN yang cukup seronok bagi menjatuhkan maruah orang.
Isu Eli seumpama kerja sang toyol yang cuba menghisap darah tuan sendiri. Toyol yang mengamuk kemarukkan darah yang fresh akhirnya terpaksa menelan darah tuan sendiri berpenyakit HIV.
Kita bangga dengan Kebawah DYMM Sultan Selangor yang berfikiran jauh dan matang. Pendirian baginda untuk mengelakkan diri dari sebarang perkara atas isu politik sebaliknya memberi kepercayaan penuh kepada MB Selangor cukup tepat dan betul.
Dengan tindakan baginda itu secara tidak langsung signal mudah yang perlu difahami oleh mereka yang menjadi dalang dalam apa jua isu yang mengaibkan agar HENTIKAN SAJA DEGAN SEGERA.
Keaiban orang mestilah dipelihara dan dilindungi sedaya upaya. Bukannya menjadi bahan tontonan umum yang akhirnya menjebak diri ke kancah hina.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan