Beramal sambil bermain golf

KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Bagi anda yang mahu berjinak-jinak dengan sukan golf, peluang terbuka sekarang sambil melakukan kerja amal.

Program tersebut dianjurkan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris, Sabtu ini.

Ia terbuka kepada orang ramai yang tinggal di sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu serta bekas pelajar sekolah terbabit.

Ia diadakan bertujuan memungut dana untuk pembinaan tapak perkhemahan di sekolah berkenaan. Pertandingan amal itu akan diadakan di Kelab Golf & Country Pengkalan Chepa bermula jam 7.30 pagi hingga 2 petang.

Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Hasnan Abdullah berkata, sebanyak RM45,000 hingga RM50,000 diperlukan untuk membina tapak perkhemahan berkenaan.

Katanya sehingga kini seramai 50 ahli persatuan bersetuju menyertai pertandingan golf sambil beramal.
"Kita berharap lebih ramai lagi hadir dan kita menjangkakan antara 80 hingga 100 orang mendaftarkan untuk turut beraksi,� ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya bayaran pendaftaran yang dikenakan antara RM150 bagi peserta yang tiada penaja, RM180 peserta bukan ahli kelab. Manakala RM400 penyertaan secara tajaan.

Kata beliau dengan adanya tapak perkhemahan tetap ia memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti program setiap tahun.

Selain mencari dana, pertandingan itu juga bertujuan mengumpul bekas-bekas pelajar yang kini menjawat pelbagai jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.

Hasnan juga berkata, pelbagai hadiah menarik disediakan. Tempat pertama hadiah televisyen LCD berharga RM1,500, kedua televisyen berharga RM600 dan ketiga mesin membasuh automatik.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Hasnan melalui talian 019 9125 169, Cikgu Marzuki 013 9829 080, Nik Nazri 013 9811 331 dan Bahari 019 9590 030.

Hadir sama pada sidang media itu pengetua sekolah berkenaan Kamaruddin Jaafar dan anggota jawatankuasa PIBG, Nik Halijah Nik Mahmood. - mj _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.