" Dalam politik Malaysia hari ini tidak ada istilah ehsan dan ihsan. Muzakarah dan Muqabalah harus perlu ditakrifkan semula oleh TGNA dan TGHH. Tengok apa yang berlaku di Perak. Apakah Pakatan Rakyat masih berhajat dan bercita – cita dengan berkobar –kobar dan meluap – luap untuk meneruskan muzakarah dan muqabalah dengan umno ?
Dalam satu team bola sepak , jurulatih atau pengurus pasukan yang akan tentukan no jersey yang dipakai oleh sesaorang pemain. No biasanya menjadi rebutan , kalau tidak silap ramai permain ternama dunia , terutamanya striker utama diberikan NO.10 ni.
Kecuali lah dalam team yang ramai pemain – pemain ternama dan hebat – hebat , seperti Manchester United , Christian Ronaldo , Wayne Rooney , siapa yang pakai jersey No.10 , prof pun tak tau , barangkali Christian Ronaldo kot ; atau dalam kelab Chelsea ada Didier Droba , Nicolas Anelka , yang ni sudah tentu Didier Drogba yang menyarung jersey NO.10. Betul tak ?
Bayaran untuk dia orang ni pun mahal – mahal. Padan lah dengan tenaga yang diperah dari mereka ni.
Berbalik kepada tajuk di atas , nampaknya TS Khalid dan Lim Guan Eng dah ambil posisi penyerang Pakatan Rakyat dah. Elok lah tu. Tak kan nak harapkan TGNA dan Dato’ Seri Azizan Razak , dia orang dah berumur sikit. Penat nak lari keliling padang ni. Manakala Dato’ Seri Ir. Nizar dah kena kad merah , dibuang padang. Huh !!! kesian kat dia
Kalau boleh dipetik sedikit daripada kedua – dua kes ini , seperti di bawah.
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan bahawa kerajaan negeri itu telah menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama dan menyifatkannya sebagai satu fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Berang dengan laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai perkara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan bercadang untuk menyaman Utusan Malaysia dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya.
“Saya akan mengarahkan peguam saya untuk menyaman Utusan Malaysia dan Shabudin.
Saya rasa semua ini sudah lebih dan tidak boleh diterima. “Kita akan jumpa di mahkamah.
Saya akan minta Utusan (Malaysia) dan Shabudin jawab dan bayar pampasan serta ganti rugi sewajarnya dan juga meminta maaf secara umum.
Majlis Perundingan antara Agama : Lim Guan Eng nafi
TS KHALID IBRAHIM
Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.
Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.
"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah,"
Skandal kewangan RM 17 juta babitkan Khir Toyo
Catatan
Oleh kerana dalam permainan sekarang ini , bermula PRU 12 , P 44 dan P 36 , insyaallah diikuti P 59 dan N 25 , serta N 29 dan coming soon N 37 , adakah Pakatan Rakyat yang sedang ‘leading’ akan mengambil pendekatan bertahan ?
Perlu diingat , PRU 13 , sangat besar kemungkinan nya tidak akan diadakan pada saat – saat akhir berakhirnya tempoh hayatnya , iaitu pada 2013. Najib , dengan izin Allah yang dikatakan akan jadi PM , tidak akan tunggu keadaan menjadi bertambah parah dari hari ke hari.
Entah – entah dan silap hari bulan , sebaik selepas mac , dan sebelum berakhir tahun ni , dibuatnya dia jadi gila , Najib akan umumkan PRU 13 sebelum masuk tahun 2010 , bersekali dengan Sarawak yang sepatutnya berakhir Julai 2011. Najib tidak akan tunggu lama dalam hal ini
So , dalam keadaan umno dan induknya bn sudah sangat kritikal , semakin banyak tiub – tiub berserabut dipasang ditubuhnya , dalam Wad Unit ICU , dapat dilihat dengan jelas macam – macam jenis tiub yang tak pernah digunakan selama ni [ kebiasaannya tiub tu samada ‘clear’ tanpa warna , atau hitam atau gelap ] , sekarang ni dah ada tiub warna ‘kuning’ digunakan.
Tak tau lah samada nyawa umno dapat dipanjangkan atau tidak , hatta dengan tiub ‘kuning’ ni
So , bagaimana dengan Pakatan Rakyat ? Adakah anda masih bersimpati dengan umno yang sedang di’admitted’ di ICU ni ? Adakah anda ingin mencabut saja tiub – tiub yang sedang dipasang ni ? Benar , anda harus bersimpati dengan umno yang sedang sakit ni , tapi sedarlah itu lah musuh hakiki anda.
Anda ada pilihan kedua , iaitu pilihan pertama samada membiarkan dia mati , bila sampai ajalnya , atau keduanya , dengan mempercepatkan kematiannya , dengan ketuk saja kepala dia tu.
P/S
Mungkin KJ dan lain - lain tu terkejut beruk . Apa tidaknya, Pakatan Rakyat dibarisi pemain - pemain berstatus bintang belaka , untuk bermain di semua posisi , terutamanya sebagai 'striker'
UMNO barangkali dah silap hari bulan ???
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan