"Assalamualaikum,,..
Selawt dan Salam ke atas Junjungan,,..
Apa makna Teknikal? Apakah soal soal teknikal boleh menimbulkan kesalahan jenayah? Inilah persoalan yang bermain difikiran apabila mendengar kenyataan Ketua Pengarah SPRM mengenai kes kereta Lexus TSKI dan kes lembu korban yang dikatakan cukup bukti untuk mendakwa TSKI menyalah guna kuasa serta menyalah guna wang kerajaan dalam menyelenggara kereta beliau serta pembelian 46 ekor lembu korban yang diagihkan di Bandar Tun Razak yang pula didakwa berada d luar Selangor.
Walaupun agak lewat aku menulis ekoran kenyataan Ketua Pengarah SPRM itu, namun aku tidak dapat menyembunyikan perasaan geram kerana kebodohan seorang ketua Pengarah yang diamanahkan untuk menjaga negara dari gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Perasaan geram aku ini bertambah apabila Ketua Pengarah menyatakan bahawa SPRM turut menyiasat speaker DUN Perak kerana salah guna kuasa.Apa kejadahnya speaker DUN Perak salah guna kuasa sedangkan undang undang tubuh Perak dan perlembagaan persekutuan telah menjelaskan kedudukannya sebagai speaker.Apatah lagi MB dan 6 Exco hadir memberi keterangan di hadapan speaker sebagai bukti nyata bahawa speaker DUN Perak diberi kuasa oleh undang undang negeri dan negara.
Secara logiknya,bukti teknikal tidak harus dijadikan bahan bukti terhadap mana mana kes yang disiasat kerana persoalan teknikal tidak melibatkan unsur unsur jenayah yang menjadi fokus utama dalam mana mana undang undang bertulis termasuk undang undang jinayah Islam yang mengecualikan persoalan teknikal dari dibicarakan apatah lagi untuk diumumkan sebagai ada bukti kepada satu satu kesalahan.
Perkara perkara teknikal tidak harus dijadikan bahan untuk mensabitkan mana mana orang kerana makna teknikal itu sendiri mempunyai makna untuk menyelesaikan masalah.Seorang pemimpin yang berdepan dengan masalah pengangkutan contohnya, akan cuba menyelesaikannya berdasarkan teknikal tertentu dan berdasarkan apa yang dibolehkan sama ada oleh kod etika atau command law atau panduan pentadbiran bertulis.Oleh itu mana mana teknikal yang dipilih oleh pemimpin berkenaan tidak harus dijadikan bahan bukti untuk menunjukkan beliau telah menyalahguna kuasanya.
Dalam kes TSKI, sebagai MB beliau berhak untuk mendapatkan sebuah kereta kerajaan secara percuma dengan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tetapi beliau juga ada pilihan untuk menggunakan kereta persendirian dengan belanja selenggaranya ditanggung kerajaan.Dalam kes TSKI, beliau memilih untuk memiliki kereta yang dibeli dengan duit sendiri untuk dijadikan kereta rasmi MBnya dan sudah tentu sebagai kereta rasmi, seluruh belanja selenggaraan keretanya mesti ditanggung oleh kerajaan.Itu haknya sebagai MB dan itu hanyalah satu pilihan yang tidak harus dilihat sebagai kesalahan sekalipun dari sudut teknik kerana tiada kesalahan dari sudut itu.
Demikian juga persoalan teknikal ekoran pembelian 46 ekor lembu tersebut.Di mana kesalahan TSKI sekalipun beliau menggunakan wang kerajaan untuk membeli lembu tersebut.Kalau setakat Bandar Tun Razak di anggap luar Selangor dianggap sebagai satu masalah teknikal,bagaimana pula penduduk Bandar Tun Razak yang banyak berurusan dengan kerajaan Selangor di mana sebahagian besar penduduk Bandar Tun Razak juga turut menyumbang kepada kerajaan Selangor dari segi pembayaran cukai dan lain lain yuran yang dibayar kepada pihak berkuasa Selangor?Apakah ini juga bukan satu masalah teknikal?Kenapa mesti Penduduk Bandar Tun Razak menyumbang kepada kerajaan Selangor sedangkan mereka yang dikatakan tidak berhak menerima lembu tersebut juga tidak harus membayar apa apa kepada kerajaan Selangor?
Tetapi membayar cukai atau apa apa yuran kepada kerajaan Selangor bukanlah satu kesalahan kerana ianya hanya merupakan satu aspek teknikal sahaja yang tidak boleh dianggap satu kesalahan.Untuk itu menyumbang lembu korban kepada penduduk Bandar Tun Razak juga bukan satu kesalahan bagi TSKI sekalipun dana yang digunakan itu dana negeri Selangor.
Ketua Pengarah SPRM cuba memperbodohkan rakyat dengan kenyataannya itu.Beliau cuba mengatakan dana yang digunakan untuk membeli lembu itu sebagai dana kerajaan Selangor secara teknikalnya.Pendek kata kenyataan ketua pengarah SPRM itu adalah kenyataan yang menunjukkan standard sebenar SPRM yang diamanahkan untuk menjaga negara dari rasuah dan salah guna kuasa.Kalau persoalan teknikal akan terus dijadikan bahan bukti kesalahan dibawah akta SPRM, alamak hancurlah negara kerana kepimpinan tidak akan mendapat ruang yang mencukupi untuk mendepani masalah negara sebaliknya puak puak yang sudah jelas melakukan kesalahan jenayah dalam kes rasuah dan salah guna kuasa ini dibiarkan bebas sebebas bebasnya.Sekaligus kenyataan ini menjadi tanda aras betapa bodohnya SPRM.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan