"kp-ikrar1Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mencabar Pemuda UMNO untuk bersama-sama Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menyertai perhimpunan membantah dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac 2009 ini.
Jika Pemuda UMNO serius memperjuangkan bangsa, seharusnya tidak ada masalah untuk mereka menyertai himpunan ini. Jika Pemuda UMNO takut dengan ugutan Pemuda PAS akan bersedia menjadi barisan depan himpunan aman ini.
Malah Pemuda UMNO sepatutnya malu dengan tokoh sasterwan negara A. Samad Said, yang sanggup gelaran sasterawan itu ditarik balik demi mempertahankan Bahasa Ibundanya. Walaupun dengan umur Pak Samad sudah menjangkau 76 tahun, itu tidak menghalang beliau memperjuangkan hak dan warisan bangsanya.
Pemuda UMNO mesti berani menegur kesilapan pemimpin-pemimpin mereka yang jelas menggelapkan masa depan anak-anak bangsa. Berapa ramai anak-anak kita yang akan menjadi mangsa akibat dari dasar yang bodoh ini?
Dasar ini telah menyebabkan kualiti pendidikan sains dan matematik di sekolah-sekolah menjadi sangat rendah apabila peratus untuk lulus kedua-dua subjek ini terpaksa direndahkan.
Selain itu ia juga akan menyekat perkembangan bahasa melayu seiring dengan perkembangan teknologi moden.
Apalah gunanya pemuda UMNO mendabik dada mengatakan merekalah pejuang melayu jika bahasa ibunda pun tidak mampu dipertahankan dan dibiarkan terus hancur.
Pemuda uMNO hanya pandai berkokok, tapi tahi berjurai-jurai jika tidak berani mempertahankan warisan bangsanya.
Sudah tiba masanya Pemuda UMNO berfikiran terbuka dan realistik dengan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin mereka yang salah dan terus menerus menghancurkan agama, bangsa dan negara.
Justeru itu dengan mengenepikan fahaman politik, Pemudawilayah mengajak Pemuda UMNO bersama-sama membantah dasar yang membawa kepada kehancuran bangsa ini.
Lajnah Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
http://dppwp.wordpress.com
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan