Sekiranya butiran yang terdapat dalam berita ini adalah benar dan betul !!!
Sila baca apa yang dikatakan oleh Pemuda UMNO ini
“ 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri “
“ Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen “
“ Mereka berdua menerpa kita, kita terpa mereka tetapi tidak sempat bertumbuk kerana dileraikan. Tetapi mereka yang mengasari kita, bukan kita yang mengasari mereka,"
Ulas Sikit
Sudah dibaca kan ?
Sekarang bagaimana pendapat anda ?
Apa yang anda faham mengenai cerita dari Pemuda UMNO ini ?
Adakah kenyataan mereka ini boleh dipercayai ?
Adakah 12 Ketua pemuda dan 10 penyokong ini mempunyai tujuan seperti yang dinyatakan , iaitu meraikan jamuan makan tengahari dengan seorang timbalan menteri ?
Adakah anda mempercayai rombongan 12 Ketua pemuda dan 10 penyokong ni bukan bertujuan untuk menyerang dengan Karpal Singh ?
Catatan
Prof agak payah untuk mempercayai apa saja yang dikatakan oleh pemuda umno ni. Sejarah tidak pernah mengesahkan pemuda umno adalah bersih dari segala jenis pembohongan , penipuan dan segala sifat – sifat keji dan kasar serta ganas.
Belum pernah dijumpai sejak merdeka pemuda umno ni bersih , samada dalam keperibadiannya , tingkahlakunya , wataknya ,dan perbuatannya
Islam Hadhari yang dipelopori oleh Pak Lah tidak mengharamkan penganut – penganut umat umno berbohong , menipu dan bercakap dusta.
Bagaimana dalam kedaaan tersepit , kerana terzahir sudah dengan sangat jelas , bukan saja raja , sultan dan istana umno perkudakan , lapangan di parlimen juga diceroboh oleh umno , khususnya kumpulan ‘celaka’ dan samseng pemuda umno ni.
Tercatatlah sudah satu lagi sejarah kejahatan , kebobrokan dan keganasan oleh pemuda umno , di hati rakyat Malaysia.
KJ Kata Karpal Penipu
KJ kata karpal penipu , tetapi sebenarnya pemuda umno lah penipu
Sikit Lagi
Sekarang ni disalahkan pulak MP dari Pakatan Rakyat. Ini lah yang dikatakan perumpamaan , " orang lain makan nangka , orang lain pulak terkena getah "
pandai sungguh pemuda umno ni membersihkan diri mereka. Tahniah lah !!!!!!
Cerita asal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan