" Dalam senario dan ‘krisis’ yang sedang berlaku di Selangor kini , bermula dengan kes Elizabeth wong , diikuti kes lembu dan lexus , nampaknya usaha team Najib semacam sedang menuju kejayaan , seperti mana yang telah ‘diselesaikan’ di Perak
Sehingga setakat ini , kerja keras Najib , boleh lah diberikan ucapan tahniah , walaupun tidak 100% berjaya lagi.
Dalam kes di Perak ianya masih berserabut ekoran tindakan speaker yang telah bertindak betul , dengan kuasa yang ada padanya , yang berakhir dengan digantungnya MB dan 6 EXCO. Kejadian ini , menjejaskan sedikit tidur lena Najib dan Rosmah di Sri Satria.
Belum pun selesai kemelut di Perak , kerana desakan di Selangor , Najib terpaksa mengetuai satu lagi ‘exercise’ , bermatlamat yang sama, iaitu untuk mengambilalih pemerintahan dari Pakatan Rakyat. Itu sasaran Najib. Tetapi , di Selangor ia mempunyai serampangg banyak mata , bukan setakat dua saja. Di Selangor ada watak – watak lain iaitu , Khir dan Mat Taib.
Apa kaitan Khir dan Mat Taib dalam kemelut yang sedang dikepalai oleh SPRM ini ? Galak sungguh KP SPRM sekarang ni
1]
Khir Toyo
Kalau dibaca semula pertuduhan – pertuduhan yang kononnya dilakukan olehnya , bermula dari laporan kepada BPR [ sekarang SPRM ] yang masih disimpan dalam tong tempe milik Khir di sungai Panjang , larian duit BALKIS , hasrat Khalid Ibrahim untuk dedahkan penyelewengan Khir dann akhir – akhir ini cita – cita kerajaan negeri untuk mengambilalih urus air , benar – benar menyebabkan semua pemimpin – pemimpin umno berjaga malam. Tak tidur dia orang sekarang ni !!!!
Langkah Proaktif
Sidang DUN lambat lagi , mac nanti agak – agaknya. Jadi sebelum TS Khalid kena penjara dan atau terpaksa ulang alik ke mahkamah , elok lah dipercepatkan keluarkan semua salah laku Khir Toyo dulu , tak payah tunggu DUN bersidang . laporkan kepada SPRM sekarang , mulai isnin 23hb febuari ni, tak payah tunggu – tunggu , tak payah buat banyak stratagi sangat , kalau banyak sangat planning takut – takut nanti semua tak jadi. Ini saja cara nak mengajar Khir ni.
Pedulikan kalau SPRM buat tak tau, tak peduli , buat lambat – lambat dalam siasatan. Yang penting semua laporan kepada SPRM dicetak dan disebarluaskan ke seluruh Selangor , termasuk dihantar juga ke Istana Khir dan mat Taib.
Kalau nak dedah dalam sidang DUN mac nanti , itu pun boleh juga , tapi lambat lagi lah , tak payah tunggu lah. Kata orang putih , do it right now. Please
Baca ini , ini , juga yang ini , dan dalam ni pun banyak maklumat mengenai Khir
2]
Mat Taib
Dia ni sebenar sudah sangat kaya. Dia boleh bawa duit berguni – guni masa pergi bercuti kat Australia dulu. Dia boleh pergi kat sana , walau pun tak tahu bercakap orang putih. Elok rasanya Hishamuddin batalkan sekarang ni PPSMI , tak perlu tunggu akhir tahun . nak buat apa belajar sains dan metamatik dalam bahasa inggeris , kerana , orang yang tak tau berbahasa inggeris kaya raya , lagi kaya , banyak duit , boleh melancong luar Negara , bawa duit berguni – guni. Belum tentu orang yang tau cakap orang putih banyak duit.
Khir Cuma budak suruhan Mat Taib saja. Mat Taib yang tekan Khir supaya lepas jawatan PPN Selangor. Khir yang sebabkan Selangor jatuh.
Tau tak , kenapa Mat Taib pun tak boleh tidur sekarang ni , kalau setakat tidur – tidur ayam , itu kira ok lah , ni langsung tak boleh tidur ni , banyak hari dah tak tidur.
Prof dapat maklumat ni dari bekas student , ada lah di kalangan budak – budak ni anak – anak VVIP’s , anak – anak orang kaya – kaya , anak orang – orang berpangkat , anak – anak orang – orang besar – besar , anak orang – orang berpengaruh , menurut cerita mereka lah , TS Mat Taib tu masa dia jadi MB dulu , dikautnya segala hasil masyhul negeri dan diletak dalam tangan dia , sebut apa saja hartanah dan kekayaan di Selangor kalau – kalau ada yang terlepas dari kerlipan mata dia. Hatta ada cerita anak raja pun digundiknya. Hebat betul dia ni.
Sebab apa pulak Prof kata Mat Taib tak boleh tidur ???
Mungkin ia berkaitan dengan cadangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air , rawat , agih dan jual , ini benar – benar merentap jantung Mat Taib. Mengikut cerita budak – budak tadi , SYABAS , SPLASH , PUNCAK NIAGA dan yang berkaitan denganya adalah milik Mat Taib , sebagai pemegang saham utama , dengan TS Razali Ismail sebagai proxynya sahaja. Disamping itu KDE group mewakili kerajaan Selangor, pegang yang baki tu .
Siapa tak kenal TS Khalid Ibrahim ? Seorang tokoh korporat tersohor dalam dan luar negeri. Lihat bagaimana berjayanya dalam operasi ‘down raid’ terhadap Guthrie beberapa ketika dulu. Ada info dalam ini dan masa TS dalam PNB dulu dan sebagainya.
Itu ceritanya. Walau bagaimanapun , mengikut berita SYABAS dan PUNCAK NIAGA dah tolak cadangan pengambil alih oleh kerajaan Selangor itu , tetapi ia belum lah muktamad lagi , mana tau kalau – kalau TS Khalid Ibrahim ada cadangan balas yang baru. Ini hanyalah permulaan.
Kalau lah berjaya ‘exercise’ TS Khalid ini , boleh dibuatnya gila Mat Taib.
Larian 100 Meter
Dalam perlumbaan ini , siapa yang cepat dia yang dapat apa yang dihajati. Hajat Khir no 1 ialah menutup semua lubang – lubang yang sedang digali oleh TS Khalid Ibrahim. Lubang apa yang digali TS Khalid tak tahu lah pulak. Rasa – rasanya bukan di gerudi telaga minyak kot. Kat Selangor mana ada simpanan minyak !!! kalau lah Berjaya operasi TS Khalid ni , atau TS Khalid berada selangkah di depan dalam perlumbaan ini , bermakna Khir kena cucuk ‘botox’ banyak lagi lah. Kena ubah wajah. Biar orang tak kenal dia lagi lepas ni
Manakala itu , antara bisnes dan harta kekayaan Mat Taib yang paling untung ialah berniaga air , bukan berniaga air tebu , tauhu , air mata kucing , air jagung , air kelapa muda seperti yang sanusi junid promote dulu , tetapi perniagaan mengurus , yang meliputi merawat , mengaggih dan menjual air. Untung sekali perniagaan ni. Modal semua kerajaan pusat bagi. Tak pening kepala langsung. Cuma TS Razali Ismail , CEO tu yang tengah pening.
Cuma lepas ni , Mat Taib akan jadi pening lah !!!!
Katalah dalam larian 100 meter ni , Mat Taib dan Khir sampai dulu , dan TS Khalid Ibrahim ‘tertinggal’ , mungkin ‘ditinggalkan’ dalam penjara , atau tertinggal di luar trek , pengganti beliau nanti samada Azmin Ali , Hassan Ali dan lain – lain boleh tahan jugak. Dia orang nil ah yang akan menyambung tugasan yang terbengkalai.
Ini lah rencah – rencah kejayaan.
Kini , ketika ini rakyat tunggu dengan sabar , benarlah kata Nabi , sabar itu separuh dari iman.
Rakyat cukup tidak sabar untuk menurunkan umno dalam PRU13 nanti.
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan