" YAB Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan) telah menyatakan akan pandangannya bahawa beliau kurang setuju tarikh PRK di dua 'Bukit' yang dianggap terlalu lambat dan punya motif tertentu di pihak Umno/BN.
Beliau tidak hairan mengapa SPR berkeputusan demikian sebaliknya menyelar Umno/BN yang berterusan menggunakan suruhanjaya tersebut semata-mata untuk menjaga kepentingan Umno/BN sendiri. Lebih-lebih lagi di pihak Umno, Perhimpunan Agung Umno (PAU) bakal diadakan pada bulan depan dan tentunya Umno/BN tidak cukup masa jika PRK disegerakan.
Sebagai mengulas padangan MB Kelantan itu, calon Ketua Pemuda Umno Mukhriz Mahathir berkata bahawa tarikh PRK di dua 'Bukit' itu adalah cukup sesuai untuk parti-parti yang akan bertanding. Manakala calon Timbalan Presidennya Mahyudin Yassin pula memberikan respon membawa maksud 'jika PAS tak setuju pada tarikh tersebut, jangan bertanding..!"
Biasanya sesuatu PRK diadakan dalam tempoh 60 hari (setelah kekosongan/sebab kematian atau letak jawatan) diadakan antara 3 hingga 5 minggu sahaja. Tetapi jarang berlaku sehingga masuk minggu yang ke 8.
Akan tetapi disebabkan Umno semakin pincang lantaran penyakit yang datang menyebabkan SPR sebagai pengadil bertauliah dalam pertandingan (PRK) tidak dapat berselindung lagi untuk menunjukkan menyebelahi Umno/BN.
Kita tak kisah bila nak buat PRK. Tetapi dipihak Umno/BN rasanya PRK adalah hantu yang cukup menakutkan mereka. Dua kali mereka terkejut di Permatang Pauh dan K.Terengganu. Rasanyanya mereka perlu mencari tangkal azimat untuk menawan dua 'Bukit' dari PR.
Tapi ingatlah wahai Umno/BN. Selepas PAU tentunya akan timbul episod paling panas dan parah dalam sejarah politik karat kalian. Kecenderungan berpuak dalam merebut jawatan akhirnya dua 'Bukit' akan berkekalan sebagai milik PAKATAN (PR). "
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan