"Tak kena masa. Itulah ulasan ringkas terhadap isu kenaikan harga tol 5% di lima tempat mulai 1 Mac ini. Kenapa harga tol mesti dinaikkan di masa zaman susah ni?
Mereka berkata , sepatutnya kenaikan harga tol baru ini sepatutnya dinaikkan sejak tahun lepas lagi. Adakah pihak PLUS dan syarikat lebuhraya yang lain tu ,tidak faham-faham kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini? Syarikat lain dok turunkan harga barang ,kerajaan pun menjalankan kempen turunkan harga.
Tindakan PLUS dan syarikat lebuhraya yang lain tersebut adalah menambah beban pengguna. Sepatutnya perjanjian konsesi tersebut dikaji semula untuk menurunkan harga tol bukannya bertindak menaikkannya.
Kesan kenaikan harga tol.
Selain kepada pengguna lebuhraya, kos operasi syarikat yang menggunakan lebuhraya juga akan meningkat. Jadi tidak mustahil barangan pengguna juga akan naik juga.
Untuk memboikot lebuhraya ini adalah satu yang sukar diharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan harga tol ini.
http://isuhangat.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan