Bila bodoh tahap terlampau..

"Melampau adalah satu perkataan melayu yang bermaksud tersangat lebih. Contohnya kalau kita kata terlampau sejuk, maknannya kesejukan yang lebih daripada tersangat. kalau tersangat sejuk mungkin suhu 4 C, tapi kalau terlampau sejuk mungkin suhunya 1 C. Begitulah juga dalam perkara-perkara lain. Pendeknya terlampau maknanya satu tahap yang lebih tinggi daripada tersangat. Kalau kita kaitkan dengan bodoh, mungkin kita katakan pelajar yang dapat lima F9 tu bodoh. tetapi kalau terlampau bodoh maknanya pelajar tu dapat straight F9. Betui tak ? Memang tepat sekali. Terlampau bodoh maknanya tersangat-sangat bodoh. Itu baru tepat dah lengkap. Lagi sekali ingat, tersangat-sangat bodoh.

Siapaah yang aku maksudkan terlampau bodoh tu? Kalau dulu aku biasa dengan ada video tentang Pilot yang melampau. Rupanya dia melampau pasai seks.. Maknanya dia buat seks secara tersangat-sangat .. sangat...
Tapi kalau bodoh yang tersangat ini siapa pulak. bagi aku antara banyak-banyak PM yang telah memerintah Malaysia, Dolah Badawi boleh masuk kategori PM yang terlampau bodoh. Boleh buat video untuk dia bila dia bersara nanti. Terlampau bodoh ini lahir daripada malas untuk berfikir ataupun IQ dia memang tak mampu nak fikir. Sebab utama otak tak mampu fikir ialah kerana darah kurang masuk ke otak. Itu menyebabkannya selalu mengantuk. Mengantuk yang melampau pun adalah disebbkan darah kurang masuk ke otak . Sebab itulah kita digalakkan untuk banyakkan sembahyang supaya kita banyak sujud. Bila banyak sujud, maka darah lebih banyak masuk ke otak dan seterusnya menjadikan kita lebih cerdik. Buktinya, orang PAS yang kuat sembahyang tentulah lebih cerdik daripada puak UMNO yang kuat tidoq. Tengok betapa hebat TGNA jika dibandingkan dengan Dolah Badawi. Itu bukti yang nyata, Full stop.

Pasai apa pulak aku kata Dolah ni bodoh yang tahap melampau. Mai aku ulaskan satu persatu.

Pertama.. Dia buat kerja secara ad hoc. Tanpa kajian terperinci, tanpa strategi dan perancangan yang mantap. Lihat saja apa yang dia buat yang banyak lingkup dan ditertawakan orang. teringat aku seorang keturunan Aceh yang merajuk keluar UMNO di Utara yang buat projek tanam padi ataih bumbung. Waktu tu utusan meloya kata tu idea baguih. Mungkin jurutaip yang dok taip ayat tu pun tengah gelak. Tapi cari makan punya pasal, buat jugaklah. Puji jugaklah walaupun budak tadika pun kata tu idea bodoh. Tanam padi ataih bumbung? Nasib baik dia tak buat projek bela gajah atas parlimen. Nanti sat.. Aku gelak dulu... Hhahahahahahahhaahahahahhahah,....

Tengok Dolah. Mula-mula dia cipta agama Islam Hadhari. Yang ni arwah ghafar baba yang tak berapa reti ugama pun kata tak betui. Apatah lagi orang yang reti agama. Semua ustaz yang betui kata Islam Hadhari tak betui. Kecuali mufti Harus Sani yang kata harus. Tapi yang otak tak betui semua kata Islam Hadhari betui. Satu ciptaan yang bodoh tahap melampau. Buat apa agama baru.. Yang Islam Allah bagi siap dengan Quran , hadis dan pendapat ulamak yang muktabar dah cukup lengkap. Buat apa nak tambah benda yang dah lengkap. Macam kereta tayar 4.. sesuai dah. Dok bubuh tayar bagi jadi 5 nak buat apa?

Kedua.. dia kurang pengetahuan. Banyaklah perkara yang menampakkan dia memang tersangat kurang ilmunya. Sebab tulah PM Singapura semuanya lulusan Oxford yang First Class. Kita punya PM, universiti mana tah, entah kelas berapa pulak. Teruk betuilah. Cuba tengok perkara terbaru, dia suruh MB halam Perak buat laporan polis sebab Sivakumar tak bagi masuk dewan. Kalau polis terima laporan, dengan polis pun jadi bodoh. Nak siasat dalam akta apa? Nak kena buat akta baru pulak baru boleh siasat. Nak buat akta baru kena bersidang Parlimen. Polis pening, Zambri pening, sebab yang bagi dea ni terlampau bodoh. Tu yang madet gelak sakan. Hang kajilah sikit, tanya orang undang-undang, kemudian baru keluar kenyataan. kalau macam aku ni bodoh , keluar kenyataan bodoh, kurang masalah sebab aku marhaen biasa.

Ketiga.. Cakap tak serupa bikin. Kenapa jadi macam tu. Kata orang utara.. ni sebab dia bercakap pakai pungkoq. Tengok pungkoq bercakap,puuuuttttt... bunyi, busuk pulak tu. Tulah kalau bercakap tak pakai otak. Sebab tu lah otak dengan mulut dok dekat-dekat. Supaya senang komunikasi. Dolah cakap hari ni lain, tau-tau esok dia buat lain. Dia kata dulu PRU lambat lagi, tiba-tiba tup dia umumkan pembubaran parlimen. Puak bodek kata tu strategi. Apa strategi nya kalau menyusahkan semua orang? Strategi taik minyak apa sebab kalah teruk? Tak taulah pulak kalau strategi dia memang nak bagi padan muka puak UMNO supaya kalah....

Banyak lagilah kalau nak cerita tentang kebodohan yang tahap melampau nih... Lain kali aku cerita pulak kebaikan Dolah yang tahap melampau.


"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.