Apabila Che Det kembali ke UMNO !!

Sahlah hari ini Che Det dan keluarga kembali ke UMNO setelah merajuk keluar hampir setahun.Haru biru juga UMNO dibuat oleh Che Det semasa diluar UMNO, Hampir ada peluang yang terluang, ada sahaja kritikan yang pedas Che Det terhadap UMNO, khususnya terhadap Pak Lah, Perdana Menteri yang ironinya dipilih oleh beliau sendiri.

Agak janggal dan tidak dimengerti apakah puncanya Che Det begitu membenci Pak Lah sehingga beliau sanggup keluar daripada UMNO.

Waima walaupun Pak Lah terus dikritik dengan hebat oleh Che Det,beliau terus berdiam diri,Pak Lah terus mengambil sikap berdiam-diri yang akhirnya bolehlah dinggap Pak Lah tewas akhirnya.

Misi Che Det untuk memberi tekanan kepda Pak Lah untuk meletak jawatan dan seterus menyerahkqan kuasa kepada Dato Najib akhirnya berjaya .Dan
dalam kenyataan semasa perhimpunan UMNO bila ditanya oleh wartawan bila beliau akan kembali keUMNO,jawapan beliau saya akan masuk UMNO jika 'syarat-syarat'telah dipenuhi.Apakah maksud syarat-syarat itu,tidak lain tidak bukan ,bila Pak Lah dan serah kuasa Perda Menteri pada Dato Seri Najib.

Alangkah puas dan gembiranya Che Det hingga memohon untuk menghadiri majlis pengistiharan Dato Najib jadi PM dan sehari selepas itu Che Det terus menghantar borang keahlian kembali menjadi ahli UMNO kepada Dato Najib sendiri.

Apakah Dato Najib boleh tidur lena dengan kembalinya Che Det dalam UMNO?.Sejarah pemerintahan Che Det sebagai Perdana Mentri,dua timbalan beliau disingkir ataupun tidak tahan dengan kerenah beliau.Hatta Pak Lah jadi PM pun terus dikritik.Adakah Dato Najib jadi mangsa krikikan setrusnya kelak ,sama-sama kita lihat nanti.yang pasti Khairy Jamaluddin sudah,ketua Pemuda UMNO yang baru sudah pasti jadi musuh beliau seterusnya.Mungkin Dato Najib ada formula untuk ini.sama-sama kita tunggu

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.