BTN ini agensi kerajaan atau alat politik


Timbalan Pengarah BTN hadir ke Balai Polis dengan diiringi Perkasa (operator Umno yang mendapat francais tugasan menaikkan suhu sentimen perkauman)....adakah ini cara pegawai kerajaan membuat laporan polis.

Biro Tata Negara merupakan agensi kerajaan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kewujudan agensi ini kononya dengan hasrat memupuk nilai patriotisme dan nilai-nilai murni serta menjadikan rakyat setia negara.

Hasrat ini telah menghalalkan jutaan ringgit wang rakyat digunakan oleh agensi ini. Namun bukan sekali ini agensi ini digunakan secara salah oleh parti pemerintah untuk memperkukuhkan kekuasaan politik dan memanipulasi untuk tujuan memfitnah saingan politik mereka dalam majlis - majlis anjuran BTN. Malah ada laporan menyatakan dengan jelas bahawa dalam majlis anjuran BTN dimasukkan elemen anti kaum tertentu.

Terbaru Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain dilaporkan oleh media internet The Malaysian Insider telah mengeluarkan kenyataan menghina kaum lain dalam Majlis yang dianjurkan oleh Puteri Umno.

Selepas berita tersebut disiarkan banyak pihak termasuk Puteri Umno sendiri mendesak agar Boo Su-Lyn iaitu wartawan yang menyusup masuk ke Majlis Puteri Umno itu dikenakan tindakan kerana menceroboh.

Namun tidak ada satupun penafian dari pihak Biro Tatanegara mengenai Penolong Pengarahnya yang hadir program Puteri Umno dan mengeluarkan kenyataan perkauman.

Selaku penjawat awam, Hamim Husain perlu bertanggungjawab mengenai kenyataanya dan BTN sendiri juga perlu dipertanggungjawabkan.

Namun hari ini (4 Oktober) Hamim Hisain hadir di balai Polis Sentul untuk membuat laporan polis bagi membela dirinya. Malangnya beliau yang hadir tidak seperti pegawai agensi kerajaan yang 'makan gaji' dengan wang rakyat. Beliau hadir dengan diiringi oleh Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang akhir - akhir ini begitu gigih membakar sentimen perkauman.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.