Pelajar sedang duduki PMR mati lemas


08/10/2010 5:48pm

LANGKAWI – Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati lemas ketika mandi di kawasan peranginan Lubuk Semilang, Ulu Melaka di sini hari ini.
Pelajar berkenaan, Akmal Hakim Mustaffa 15, dari Kampung Padang Lalang, Kuah dikatakan bersama rakan-rakannya ke kawasan peranginan itu kira-kira 11 pagi untuk mandi-manda di kawasan air terjun.
Akmal Hakim, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Mahsuri Langkawi, tidak mengambil peperiksaan hari ini kerana cuti dan disambung Isnin ini.
Mayatnya dibawa ke Hospital Daerah Langkawi untuk dibedah siasat.
Polis Daerah Langkawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.