Penduduk Kapit gempar

Himpunan kayu hanyut berpuluh-puluh kilometer susuri Sungai Rajang
KAPIT: Ratusan penduduk di bandar Kapit membanjiri tebingan sungai kerana tertarik dengan kejadian yang disifatkan penduduk tempatan sebagai sesuatu yang luar biasa dan aneh petang semalam.
DARI MANA DATANGNYA?: Himpunan kayu sepanjang berpuluh-puluh kilometer dihanyutkan arus sungai dari Hulu Baleh yang menarik perhatian penduduk Kapit.
Fenomena yang dimaksudkan ialah himpunan kayu yang dihanyutkan arus sungai berpuluh-puluh kilometer panjangnya menyusuri Sungai Rajang.
Kejadian aneh itu mula kelihatan sekitar jam 2 petang dan sehingga berita ini ditulis (hampir jam 4 petang semalam) keadaan kayu-kayu dihanyutkan arus semakin bertambah.
Seorang penduduk yang ditemui memberitahu bahawa kejadian berlaku di kawasan hulu Sungai Baleh dan Sungai Mujong.
“Besar kemungkinan feno-mena tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor seperti hujan yang turun lebat tanpa henti di Hulu Baleh serta kemusnahan ekologi alam dise-babkan aktiviti pembalakan yang berleluasa,” jelasnya yang enggan identitinya dikenali.
“Ini merupakan pertama kali penduduk di sini melihat kejadian kayu dihanyutkan air sungai dalam jumlah yang begitu banyak serta amat luar biasa.
“Kini saya sudah berusia 65 tahun, dan ini pertama kali melihat benda seperti ini berlaku dalam hidup saya,” tambahnya, sambil memberitahu bahawa ini mungkin hukum Tuhan terhadap kerakusan manusia.
Sementara itu, seorang pengusaha bot ekspres yang beroperasi berulang-alik dari Kapit ke Putai, Hulu Baleh, turut memaklumkan bahawa semua bot  ekspres yang bertolak dari Kapit ke Nanga Gaat dan Putai tengah hari semalam terpaksa berpatah balik ke Kapit ekoran laluan sungai langsung tidak dapat dilalui.
Selain itu, sepasukan lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sepatutnya berlepas ke Putai bagi melakukan satu gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang di sana (sebab belum ditentukan) juga terpaksa berpatah balik ke Kapit kerana laluan sungai yang berbahaya dan tidak dapat dilalui botnya.
Beberapa bot ekspres yang bertolak dari Sibu ke Kapit terpaksa memperlahankan kelajuan serta melalui arus berdekatan dengan tebingan sungai untuk mengelak terlanggar kayu.
“Susah betul mahu melalui Sungai Rajang ini, kita nampak begitu banyak sekali kayu dihanyutkan arus sungai,” jelansya.
Bekas Wali Kota Majlis Dearah Kapit Joseph Datuk Jinggut yang ditemui memberitahu beliau tidak pernah melihat fenomena alam se-begini rupa berlaku.
Katanya, ini ada sesuatu petanda yang bakal berlaku dan semuanya tidak tahu.
“Tadi kita menggunakan bot ekspres dari Sibu dan tiba di sini hamper-hampir ter-perangkap di kawasan Dermaga Beltih petang tadi (semalam),” jelas Joseph menggelengkan kepala.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi yang tiba dengan bot ekspres dari Sibu sekitar jam 4 petang tadi hampir terperangkap bersama bot ekspres yang ditumpangnya.
Sehingga jam 5 petang, tebingan sungai masih dipenuhi penduduk tempatan yang keluar beramai-ramai menyaksikan fenomena aneh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kayu-kayu yang dihanyut-kan oleh arus sungai pula semakin banyak.
Malah jelas kelihatan dua bot ekspres yang turun dari Hulu Baleh terperangkap dicelah-celah himpunan kayu hanyut dan amat susah untuk berlabuh.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.