HULU SELANGOR, 7 Okt [7.50 am] - Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan keputusan pemilihan parti di cabang itu baru-baru ini. Difahamkan keputusan di cabang terpaksa dibatalkan gara-gara "kertas undi terlebih daripada jumlah bilangan yang keluar mengundi". Menurut sumber keputusan pembatalan ini tidak sepatutnya berlaku dan amat menyusahkan pengundi. Tambahan pula kesalahan sebenarnya bukan terletak kepada pengundi, tetapi kepada kecuaian dan kealpaan JPP mengendalikan proses pemilihan di cabang itu sebenarnya. Dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang itu, seramai tujuh orang calon telah menawarkan diri. Keputusan dipercayai diketahui sekitar jam4.00 pagi dan menyaksikan calon Nazar Yakin sepatutnya diisytiharkan menang dengan mendapat sebanyak 377 undi. Calon popular bagi jawatan itu iaitu Khalid Jaafar hanya mendapat 323 undi sahaja dibelakang Razali Mokhtar (342 undi). Sementara itu calon lain iaitu SM Poobalan (172 undi), Mat Rahat (120 undi), Sulrusli (113 undi) dan Nasharuddin (27 undi). Jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 1,622, sebaliknya jumlah kertas undi yang dikeluarkan pula ialah 1,583 . Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak 39 kertas undi. Lantaran itu JPP telah membuat satu keputusan mengejutkan semua pihak dengan membatalkan keputusan tersebut. Pembatalan juga telah dibuat ke atas semua jawatan yang dipertandingkan kerana terdapat juga perbezaan jumlah pengundi dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Khabarnya kemungkinan pemilihan semula akan diadakan serentak dengan pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) nanti.
Campur Tangan Azmin Di Percayai Menjadi Punca
Susulan keputusan tersebut, ramai ahli yang amat kecewa dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Menurut seorang ahli PKR cabang itu berkata "Saya sanggup menunggu hingga ke subuh semata-mata untuk mengetahui keputusan pemilihan berkenaan. Tiba-tiba JPP memaklumkan keputusan dibatalkan. Bukankah ini tidak adil bagi kami yang sudah bersusah payah membuang undi untuk menyuburkan amalan demokrasi itu", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada "tangan ghaib" yang sengaja diarahkan meletakkan lebihan kertas undi semasa proses pengiraan sudah tamat dijalankan. "Saya percaya ini kerja orang atasan yang berpakat dengan JPP untuk pastikan keputusan tersebut dibatalkan. Tambahan pula saya difahamkan pemenang jawatan itu Nazar Yakin (foto) adalah orang Zaid Ibrahim. Beliau menewaskan orang Azmin iaitu Khalid Jaafar. Mungkin dek kerana kecewa dengan keputusan itu maka Azmin telah berpakat dengan JPP untuk memasukkan kertas undi tambahan bagi membolehkan keputusan dibatalkan secara teknikal", tambah beliau lagi.
Kekalahan orang Azmin, Khalid Jaafar (kiri) kepada orang Zaid
Nazar Yakin (kanan) dikatakan menjadi punca pembatalan ituMalah ramai juga ahli PKR cabang itu yang mengesyaki perkara yang sama, kerana mereka hairan JPP begitu mudah membatalkan keputusan berkenaan tanpa mengambilkira susah payah semua perwakilan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. "Memang kami tidak kisah, pemilihan diadakan semula. Namun, kami hairan kenapa kes ini berlaku sedangkan kertas undi itu dikeluarkan oleh JPP sendiri. Maknanya mereka sengaja membuat penipuan untuk mengaburi mata kami. Apakah ini demokrasi namanya. Bila kalah mereka sanggup mengambil tindakan yang jelas mengecewakan ramai pihak termasuk calon yang bertanding", katanya. Kini heboh diperkatakan bahawa Azmin Ali dipercayai terlibat merencana pembatalan itu selepas melihat Khalid Jaafar tewas kepada orang Zaid Ibrahim. Soalnya sekarang, kenapa ini boleh terjadi sedangkan PKR dikatakan cuba amalkan sistem baru dalam amalan demokrasi. Jika ini keadaannya maka bolehlah dikatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sama sahaja seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang boleh dijual beli demi kepentingan pihak tertentu. Apakah ini caranya apa yang dikatakan mahu melaksanakan agenda perubahan itu agaknya?.
[Susulan pendedahan ini maka diharapkan agar Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Cheah (foto) dapat menyiasat perkara ini. Apalah gunanya diadakan pemilihan jika percaturannya sudah ditentukan oleh orang atasan. Jika inilah keadaannya maka sia-sia sahaja diadakan pemilihan PKR kerana badan bebas yang sepatutnya dipertangungjawabkan melaksanakan pemilihan itu dengan adil dan saksama tiba-tiba berpihak kepada calon-calon dan pemimpin tertentu pula. Maknanya, tiada guna kita marahkan SPR kononnya tidak berlaku telus, adil serta berat sebelah dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini jika kita sendiri juga melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku di Hulu selangor ini wajar menjadi contoh kepada JPP agar mereka lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Sebelum ini memang kita ada mendengar petugas JPP dijumpai makan malam bersama calon-calon tertentu. Malah mereka juga dipercayai berbincang strategi untuk pastikan musuh calon terbabit ditewaskan secara teknikal. Inilah yang berlaku sebenarnya, ramai calon yang sepatutnya menang telah tertewas secara teknikal atas "konspirasi" antara pihak JPP dengan pemimpin tertentu]
Campur Tangan Azmin Di Percayai Menjadi Punca
Susulan keputusan tersebut, ramai ahli yang amat kecewa dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Menurut seorang ahli PKR cabang itu berkata "Saya sanggup menunggu hingga ke subuh semata-mata untuk mengetahui keputusan pemilihan berkenaan. Tiba-tiba JPP memaklumkan keputusan dibatalkan. Bukankah ini tidak adil bagi kami yang sudah bersusah payah membuang undi untuk menyuburkan amalan demokrasi itu", katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada "tangan ghaib" yang sengaja diarahkan meletakkan lebihan kertas undi semasa proses pengiraan sudah tamat dijalankan. "Saya percaya ini kerja orang atasan yang berpakat dengan JPP untuk pastikan keputusan tersebut dibatalkan. Tambahan pula saya difahamkan pemenang jawatan itu Nazar Yakin (foto) adalah orang Zaid Ibrahim. Beliau menewaskan orang Azmin iaitu Khalid Jaafar. Mungkin dek kerana kecewa dengan keputusan itu maka Azmin telah berpakat dengan JPP untuk memasukkan kertas undi tambahan bagi membolehkan keputusan dibatalkan secara teknikal", tambah beliau lagi.
Kekalahan orang Azmin, Khalid Jaafar (kiri) kepada orang Zaid
Nazar Yakin (kanan) dikatakan menjadi punca pembatalan itu
[Susulan pendedahan ini maka diharapkan agar Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Dr Molly Cheah (foto) dapat menyiasat perkara ini. Apalah gunanya diadakan pemilihan jika percaturannya sudah ditentukan oleh orang atasan. Jika inilah keadaannya maka sia-sia sahaja diadakan pemilihan PKR kerana badan bebas yang sepatutnya dipertangungjawabkan melaksanakan pemilihan itu dengan adil dan saksama tiba-tiba berpihak kepada calon-calon dan pemimpin tertentu pula. Maknanya, tiada guna kita marahkan SPR kononnya tidak berlaku telus, adil serta berat sebelah dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di negara ini jika kita sendiri juga melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku di Hulu selangor ini wajar menjadi contoh kepada JPP agar mereka lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Sebelum ini memang kita ada mendengar petugas JPP dijumpai makan malam bersama calon-calon tertentu. Malah mereka juga dipercayai berbincang strategi untuk pastikan musuh calon terbabit ditewaskan secara teknikal. Inilah yang berlaku sebenarnya, ramai calon yang sepatutnya menang telah tertewas secara teknikal atas "konspirasi" antara pihak JPP dengan pemimpin tertentu]
Kontroversi: Chegubard Dedah Bahawa Si Rahimi Berbohong Mengatakan Dia Di Paksa Buat Akuan Sumpah, Tindakan Beliau Di Dalangi Oleh UMNO!
Ramai penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan pendedahan terbaru yang dibuat oleh salah seorang lagi bekas Pembantu Peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman (foto). Dalam laporan polis beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang petang semalam Rahimi mendedahkan bahawa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari di Hotel Quality Shah Alam. Akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang tidak dikenali di Old Town Petaling Jaya dengan mencatatkan nama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam konspirasi kes liwat tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa dia telah ditahan di hotel tersebut selama beberapa hari oleh Anwar, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Maka itulah dia membuat sidang media semalam untuk mendedahkan bahawa akuan bersumpah itu tidak benar untuk mengaitkan nama PM Najib Razak dan isterinya dalam konspirasi liwat II ini. Malah Rahimi juga mendedahkan beberapa bulan yang lalu beliau telah dihubungi oleh Peguam Latheefa Koya untuk melakukan akuan bersumpah yang baru, namun dia tidak melayannya.
Chegubard, Tindakan Rahimi Di Dalangi UMNO
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pendedahan yang dibuat oleh Rahimi itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shahrin (foto) menegaskan bahawa pendedahan Rahim itu didalangi oleh UMNO sebenarnya. Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata bahawa UMNO sebenarnya panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di Pilihanraya Kecil DUN Galas 4 November ini. Maka itulah dalam keadaan terdesak, mereka melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai UMNO melalui Perkasa yang mendapat hak francais pembakar suhu perkauman di negara kita. Inilah yang akan mencemaskan pengundi Melayu di Galas nanti. Memang sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi DUN itu, tetapi kita akan cuba yang terbaik. UMNO BN katanya semakin cemas dan mengarut, bermula dengan mahu melantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihanraya hinggalah kepada mahu Ku Li menjadi Calon BN di situ nanti. Menurut Chegubard UMNO panik kerana sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas di DUN Galas maka retorik politik kononnya mereka kini dipuja oleh orang-orang Melayu akan hancur.
Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Malah mereka juga gusar jika para Petugas Pakatan Rakyat turun dengan jentera yang padu maka pastinya BN akan tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar. Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu."Kempen BN sempena Pilihanraya Kecil DUN Galas bermula dengan 'kick off'nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan Anwar. Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah liwat II", kata Chegubard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan