
Ramai ahli
Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya
Azmin Ali (foto) adalah
pengasas Keadilan. Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden parti di
Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik
“Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". Susulan kenyataan tersebut, ramai
"pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Sebelum terbit
Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan
Parti Pembangkang menubuhkan
Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di
Markaz PAS Taman Melewar. Beribu orang datang menyatakan sokongan semasa penubuhan
GERAK. Selepas itu, pendokong Reformasi tubuhkan
Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas perjuangan. Usaha tubuhkan parti politik untuk pergerakan Keadilan ini menghadapi jalan buntu akibat
kerenah birokrasi oleh pihak
Pendaftar Pertubuhan.
Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti

Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu
Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran
Parti Keadilan Nasional diadakan pada
4 April 1999. Melalui pengambilalihan
parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia inilah,
Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Selepas 1999, pada tahun 2003, cadangan supaya Keadilan bergabung dengan
Parti Rakyat Malaysia berjaya dan sebuah nama parti yang baru dilancarkan,
Parti Keadilan Rakyat. Pada
3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan
Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada waktu itu
Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada
Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas
platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah
Presiden Parti iaitu
Datin Seri Dr. Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh.
Bukti, pelancaran Parti Keadilan Nasional, Di mana nama Azmin Ali?
Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.
Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan

Ramai yang kecewa dengan laporan mengatakan Azmin antara yang terawal mengasaskan
Parti Keadilan Nasional. Padahal, nama-nama yang dipercayai terlibat dengan gerakan itu ialah seperti
Zainur Zakaria,
Ng Lum Yong,
Dr.Mohd Nor Nawawi, Irene Fernandez, Goh Keat Peng, Saifuddin Nasution, Sahri Bahri, Johari Abdul, Dr.Mansor Othman, Khalil Shah Jamaluddin, Mohd Rafaie Abd Malek, Omar Jaafar, Kahar Ahmad, Dr.Abd Wahid Ahmad Suhaimi, Nik Aziz Nik Hassan, Yusof Abd Rahman dan Abd Rahman Yusuf. Tidak ketinggalan juga nama-nama orang lama seperti Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor,
Dr.Ghazali Basri (foto) yang dikatakan antara yang terawal. Namun, dimanakah mereka ini semua agaknya?. Ada yang masih aktif dan ada juga yang terus menyepi sebenarnya. Justeru itu, mereka ini pasti akan terasa b
ila ada yang mengatakan Azmin adalah pengasas Parti Keadilan itu. Walhal, ketika awal-awal kebangkitan gelombang reformasi merekalah yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah untuk merealisasikan perjuangan.
Senarai terawal AJK Parti Keadilan Nasional, juga tidak kelihatan
nama Azmin Ali. Soalnya di manakah beliau pada ketika ini? [Persoalannya kini sekarang, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini. Cuma andai ada yang terkilan dengan kenyatan itu, mungkin mereka lebih tahu. Semua itu mengingatkan kita pada pagi 4 April 1999, Ballroom Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Hari itu bagai pesta. Segenap sudut gemerlapan sementara di lobi dan laman hotel kedengaran laungan “reformasi” dan “Allahhuakbar" sempena Pelancaran Parti Keadilan Nasional. Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya dimanakah nama Azmin Ali ketika ini. Padahal beliau adalah antara pemimpin yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu sendiri. Inilah yang menimbulkan kemuskilan dikalangan ahli PKR sebenarnya. Maka itu, apakah wajar media menggambarkan Azmin yang disanjung sebagai pengasas Parti Keadilan Nasional itu agaknya?. Difahamkan ketika itu Azmin sedang bergelut dengan kesnya. Malah, menurut Ezam pada awalnya Azmin takut dan tidak mahu pun ke depan dalam Keadilan. Difahamkan, Presiden Pertama Keadilan ialah Haji Nordin Pilah].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan