Isu Sosilawati: Ketua AMK, Samsul Iskandar Beri Keterangan Kepada Polis Di IPD S.Alam Hari Ini !!


SHAH ALAM 5 Okt [2.35 pm] - Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin (foto) berhubung kenyataannya yang didakwa mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Shamsul Iskandar dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 11.15 pagi diiringi peguamnya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan seorang peguam dari Majlis Peguam, Fadiah Najwa Fiqri. Shamsul Iskandar keluar semula bersama peguamnya pada kira-kira pukul 1 petang. Yusmadi ketika ditemui media berkata, Shamsul Iskandar memberikan kerjasama dan keterangan kepada pegawai penyiasat terbabit dan ia merupakan proses siasatan biasa. "Pihak kami sentiasa bersedia sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, dan kami akan terus memberikan kerjasama," katanya. Laporan sebelum ini menyebut, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakannya.
[Nampaknya Samsul Iskandar lebih berani menghadapi kenyataan dan sanggup berkerjasama dengan pihak polis berhubung dengan isu yang diperkatakan itu. Soalnya, kenapa Ketua Polis Selangor mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa Samsul tidak memberi kerjasama dan waran tangkap akan dikeluarkan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu. Apapun, syabas kita ucapkan kepada Samsul kerana berjaya tampil untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. Mana mungkin beliau boleh mengatasi kuasa yang ada pada polis sekiranya beliau berada di pihak yang benar sekali pun. Mana mungkin polis akan mengaku kesilapan mereka hingga menyebabkan banyak kes ditutup, sedangkan penjenayah terus rakus membunuh lebih banyak mangsa di kawasan ladang terbabit. Semua ini menimbulkan persoalan].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.