
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan laporan media arus perdana tentang kekecohan yang dikatakan berlaku di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, mereka mensensasikan isu itu dengan menemubual pula calon yang tewas atau tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan cabang-cabang berkenaan. Akibatnya timbul beberapa adengan yang "memualkan" kita, seolah-olah apa yang berlaku dalam PKR itu sesuatu yang tidak wajar. Kononnya apa yang berlaku itu, melambangkan PKR tidak sesuai untuk memimpin negara ini. Rakyat dimomok-momokkan kononnya bagaimana PKR dan Pakatan Rakyat mahu memerintah, sedangkan hal dalaman parti itu sendiri gagal diselesaikan dengan baik. Maka, ramailah pemimpin UMNO yang mengutuk kejadian itu dan mencadangkan rakyat supaya menolak pemimpin PKR yang kononnya tidak layak untuk mewakili mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa dipaksa untuk mempercayai segala apa yang dilaporkan itu. Seolah-olah, kekecohan yang berlaku itu satu isu besar yang mewajibkan rakyat menolak PKR secara keseluruhannya. Walhal mereka terlupa bahawa, hanya sebahagian kecil sahaja insiden serupa itu berlaku sebenarnya. Sedangkan di tempat lain, perjalanan mesyuarat mereka adalah baik dan memuaskankan. Soalnya, kenapa media arus perdana beriya-iya benar mendedahkan apa yang berlaku ini?. Bahkan berita yang sama diulang-ulang, bagi memberi gambaran negatif kepada Parti Keadilan Rakyat. Mereka mahu rakyat menolak PKR dalam pilihanraya umum akan datang dan memilih UMNO BN sebagai wadah perjuangan mereka. Itulah matlamat yang sebenarnya !!
Mesyuarat UMNO Juga Lebih Kecoh Sebenarnya
Mesyuarat UMNO Juga Lebih Kecoh Sebenarnya



Kekecohan Persidangan Pemuda UMNO Rantau Panjang, menyebabkan
polis anti rusuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada disitu


Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Dewan Kelab Golf Taman
Tuanku Ja’afar kecoh dengan adengan balik kerusi dan tumbuk-menumbuk
Jika dilihat kepada aksi-aksi ini ternyata, apa yang berlaku dalam PKR itu sudah lama berlaku dalam UMNO sebenarnya. PKR sebuah parti yang baru untuk memulakan satu kaedah baru pemilihan, makanya apa yang terjadi itu bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran berguna buat ahlinya. Namun, UMNO sebuah parti yang sudah lama berkuasa di negara ini pun masih mengamalkan budaya tersebut. Makanya, mereka sepatutnya yang "tidak layak" memimpin sebenarnya. Bahkan lebih panas lagi, kekecohan yang berlaku dalam UMNO hingga menyebabkan FRU terpaksa campur tangan. Sedangkan perkara seperti itu tidak terjadi kepada PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan