Pelajar tak dihalang secara total sertai pilihan raya, kata Khaled-boleh percaya ke kalau pro umno tak apa leh tapi kalau pro pakatan rakyat,nak sekat pulak.....(penipu)


October 04, 2010
GEORGE TOWN, 4 Okt – Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik.
“Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku “Reaching Out... Making The Difference” di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan penglibatan  pelajar IPT  dalam politik  terutamanya menjelang pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasn Galas  yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaiman, 46, akibat barah.
Mohamed Khaled berkata sebelum ini terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dalam politik walaupun menyedari tindakan itu salah.
“Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) itu akan dilaksanakan atau tidak,” katanya.
Pada 28 September lepas, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang pelajar menyertai politik, sebagai tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Aziah Ali  menolak dengan kos permohonan injunksi oleh pelajar-pelajar berkenaan untuk menyekat UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka kerana dikatakan berkempen pada pilihan raya kecil bagi kawasan Hulu Selangor pada April lepas. – Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.