KUALA LUMPUR. 8 Okt [12.25 am] - Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng (foto), akhirnya mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lee, yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dapat parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara. Beliau berkata pada mulanya memang agak keberatan untuk meninggalkan parti. "Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya. Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008. Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lepas apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya. Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.
[Ternyata kemasukan pemimpin MCA ini bakal melonjakkan sokongan rakyat terhadap PKR. Tambahan pula disaat berbagai isu baru muncul untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat yang sedang dihadapinya itu. Semoga kemasukan Lee Chong Meng ini akan memberi suntikan baru kepada Pakatan Rakyat agar ia terus diterima oleh semua. UMNO BN pasti terkejut dengan insiden ini, tambahan pula mereka masih menyangkan yang pakatan karat mereka itu masih mendapat sokongan rakyat. Walhal, rakyat sebenarnya sudah muak dengan berbagai tawaran janji manis yang akhirnya mendera mereka pula. Harapan kita selepas ini lebih ramai lagi pemimpin UMNO BN yang akan kembali kepada rakyat. Senario ini secara tidak langsung akan melonjakkan kepercayaan rakyat untuk membawa PKR dan sekutunya menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum nanti].
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan