Kenyataan Celupar Kononnya Kerajaan BN Tidak Punyai Kuasa Untuk Sekat Kenaikan Harga Susu Buktikan Rakyat Sebenarnya Tidak Di Dahulukan


SEREMBAN 7 Okt [8.45 pm]Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia. "Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi. "Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas.
[Sungguh celupar mulut si Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera ini. Tanpa memikirkan slogan "rakyat didahulukan" begitu mudah beliau berkata kerajaan tidak dpat mengelakkan kenaikan harga susu di negara ini. Kononnya ia perkara biasa. Soalnya sekarang, itu perkara biasa bagi siapa?. Adakah ia bagi rakyat?. Kenyataan Ismail ini jelas sekali melambangkan sikap sebenar pemimpin UMNO BN itu. Jika dulu beliau berjanji harga gula tidak akan dinaikkan, tapi tiba-tiba gula dinaikkan juga. Jika kerana harga gula meningkat di pasaran duni menjadi punca kenaikan. Kenapa bila harga pasaran dunia turun, harga di negara kita tidak ikut turun. Ini juga berlaku dengan harga minyak, harga naik mengikut pasaran dunia. Tetapi harga tidak pula turun bila pasaran dunia turun. Inilah dia bukti betapa pandainya kerajaan UMNO BN menipu rakyat. Slogan rakyat didahulukan hanyalah retorik politik mereka sahaja untuk meraih undi setiap kali menjelangnya musim pilihanraya. Justeru itu rakyat di DUN Galas diminta membuka mata atas kenyataan menteri ini. Jika tidak mereka juga akan tanggung bebannya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.