KOTA BHARU 5 Okt [5.20 pm] - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi. Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti. "Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi suarakan masalah dan aspirasi mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.
[Masyarakat orang asli pun sudah faham dan jemu dengan kempen-kempen parti politik yang gemar menabur duit dan arak untuk membeli undi mereka. Kerja-kerja jahat UMNO BN ini memang sudah diketahui sejak sekian lama. Upacara "sewang" tiga hari tiga malam berturut-turut dianjurkan dengan membawa artis-artis popular dengan kerjasama radio orang asli Asyik FM. Semua ini bagi memberi gambaran kononnya mereka peka dengan masyarakat orang asli. Sebaliknya mereka akan dipinggirkan dan dianggap sebagai penumpang di tanah sendiri selepas kuasa sudah ada ditangan pemimpin UMNO terbabit. Inikah senario yang berlaku sejak zaman berzaman, orang asli dijadikan alat untuk mereka terus berkuasa. Sebaliknya mereka dilayan seperti PATI selepas itu].
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan