October 04, 2010
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik memutuskan untuk berhenti menjadi penasihat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu atas alasan sudah kecewa dengan kepimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam menangani konflik dalaman.Lim akan melepaskan jawatannya Rabu ini dengan menulis secara rasmi.
“Beliau (Koh) seorang yang tidak suka terlibat dalam menyelesaikan konflik kerana takut menyinggung orang lain,” kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.
Lim menambah pendekatan Koh selaku presiden Gerakan telah mencetuskan lebih banyak masalah kepada parti itu.
Koh menggantikan Lim sebagai presiden parti itu yang kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.
Lim dilihat merujuk kepada masalah dalam Gerakan Pulau Pinang sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan