Rahimi Pembohong Dan Tidak Boleh Di Percayai


Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi Osman (foto) tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi. Sepanjang dijaga selama kira - kira enam hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas TV3 untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu. Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani nya ketika itu beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar. "Saya secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi iterlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan saya menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah" kata Chegubard.

[Ramai yang tertanya-tanya sebenarnya, kenapa Rahimi membuat kenyataan ini selepas dua tahun lamanya. Walhal beliau sepatutnya mendedahkan apa yang terjadi ke atas dirinya lebih awal lagi jika dia mahu. Kenapa menunggu sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil DUN Galas barulah beliau membuat tindakan ini?. Apa yang kita saksikan ini, samalah dengan akuan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah sehari menjelang Hari Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Namun, akhirnya Anwar menang dengan majoriti besar di situ, akibat rakyat tidak percaya dan termakan dengan akuan sumpah Saiful kononnya Anwar meliwat dirinya. Kini, tiba-tiba sahabat karib Saiful yang sekian lama menyepi cuba mempopularkan dirinya pula dengan membuat kenyataan seumpama itu. Memang benar, kita tidak nafikan bahawa jika Rahimi sanggup membuat kenyataan ini maka kemungkinan besar beliau juga akan mengaku pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini. Semuanya mengikut skrip baru yang telah disiapkan kepadanya oleh pihak-pihak tertentu agaknya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.